CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Di Omi, Suami Orang Dicekup Khalwat- Bagi Alasan Penat Betulkan Aircond Punca Tidur Rumah Janda

9-1-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3422| Komen: 49

MELAKA – Seorang penjawat awam memberikan alasan penat membaiki pendingin hawa selepas dicekup berkhalwat di rumah janda dua anak oleh pegawai syarak di Tanjung Minyak, kelmarin.


Dalam serbuan Operasi Perahu Darat 2 (Opeda 2) kira-kira pukul 11.45 malam itu, pasangan yang ditahan masing-masing berusia 30-an.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, serbuan telah dilakukan pegawai syarak bersama pihak polis dan pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemui pasangan tersebut.

Gambar Hiasan

Ujarnya, turut bersama adalah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang merupakan anak wanita terbabit.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah bertutup rapat serta berkunci dan telah dibuka oleh seorang lelaki. Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita di dalam bilik bersama seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.


“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri dan lelaki terbabit datang dari Negeri Sembilan dan memberi alasan bermalam kerana penat setelah membaiki pendingin hawa rumah wanita itu yang rosak,” katanya.

Tambahnya, wanita berkenaan yang juga penjawat awam merupakan janda dua anak, manakala lelaki berasal dari Kedah dan berstatus suami orang dengan lima orang anak.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasangan tersebut mendakwa telah berkenalan melalui aplikasi sosial Omi.

“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Minyak. Tangkapan dibuat semula oleh JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” katanya.

Ujarnya, turut ditahan dalam operasi itu adalah pasangan kekasih muda berusia 20-an yang dicekup duduk berdua-duaan sambil memeluk bahu di kawasan persisiran jalan di Pantai Marina, Kota Laksamana.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 9-1-2023 12:17 PM
sedap airkond yg direpair tu rasanya
Quote Highflyer19 9-1-2023 12:18 PM
Klau bg alasan curhat blh lepas tu...repair ekon susah sikit kot
Quote Kitty_catz 9-1-2023 01:24 PM
pabila smatfon dapat ke puak2 yg jahil lagi bodoh.. ginilah

kat porom cari nan sendhu lagi syahduu pun nyempat mengangkang sesama poromers... ini kat pulak kat apps yg mengundang
Quote elzy 9-1-2023 01:32 PM
Sambil repair aircond, repair 'spareparts' lain juga yang 'rosak'..
Quote hyie 9-1-2023 01:39 PM
kalau tu rumah duda, hade ko nak guna alasan penat gitu?
Quote venom1 9-1-2023 01:45 PM
apps OMI tu patut direport
Quote najib888 9-1-2023 01:47 PM
Kitty_catz replied at 9-1-2023 01:24 PM
pabila smatfon dapat ke puak2 yg jahil lagi bodoh.. ginilah

kat porom cari nan sendhu lagi syahduu  ...

Ada ka? Ishhh teruk sungguh..
Quote Bedah.Cun 9-1-2023 02:46 PM
Erghhh verghhh
Quote lattehazelnut 9-1-2023 02:48 PM
Sape yg report menda ni sebenarnye? Janda / laki tu ke? Spy kawin free?
Quote Decaffeinated 9-1-2023 03:12 PM
manakala lelaki berasal dari Kedah dan berstatus suami orang dengan lima orang anak

umur 30'an anak 5 kejar janda anak 2. Dua2 penjawat awam.

Pening pulak nak komen.


Quote jazaa100 9-1-2023 03:17 PM
Kitty_catz replied at 9-1-2023 01:24 PM
pabila smatfon dapat ke puak2 yg jahil lagi bodoh.. ginilah

kat porom cari nan sendhu lagi syahduu  ...

Porum yg bercekau, maki hamun ni pun ada gak yg terinjal.....
Quote kotakbaju 9-1-2023 03:19 PM
Omi tu apa dating site ke tak penah dengo pun
Quote jazaa100 9-1-2023 03:20 PM
Jantan tu rumah srndiri pun ntah² anak 5org tido atas totoo kepanasan.....
Quote shernazz 9-1-2023 03:21 PM
Cari customer aircond dalam omi ek..
Pandaiii
Quote grouper 9-1-2023 04:32 PM
Ramai gak bwrtemu jodoh sbb omi ni selain scandal...ikut niat le
Quote ifanonline 9-1-2023 04:37 PM
forumer2 pun ramai janda dan bekas janda...
Quote Belibis 9-1-2023 04:51 PM
Simunggu: sedap airkond yg direpair tu r ...

Sejukkkkkkkk...tenanggggggg..
Quote renko 9-1-2023 04:55 PM
repair ekon ke repair pintu celah kangkang
Quote Kitty_catz 9-1-2023 06:15 PM
najib888 replied at 9-1-2023 01:47 PM
Ada ka? Ishhh teruk sungguh..

ada la... ang deme tak berkenan kut.. sapa suh juai mahai

juai mur2 mesti deme tarik ang masuk group tele utk makcik2 pakcik2 puaka gersang porom cari kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.105131 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top