CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cedera Parah Dibelasah Bakal Suami Beberapa Hari Sebelum Nikah

9-1-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 978| Komen: 6

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis kerana kesalahan penganiayaan selepas memukul bakal isterinya, lapor laman berita Suara.com.

WMN, 28, memukul bakal isterinya, AS, 21, yang menetap di Kampung Sumberagung. Daerah Rejotangan.

Ketua polis Rejotangan, Puji Hartanto berkata, kejadian itu berlaku beberapa hari menjelang pernikahan pasangan itu.

Gambar Hiasan

“Kami menahan suspek atas aduan bakal isterinya, AS. Mereka bertengkar kerana AS mendapati WMN mabuk selepas minum arak,” kata Puji.

Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) di rumah WMN.

AS ketika kejadian ingin melawat rumah WMN bagi memastikan persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar.


Namun setibanya dia di rumah bakal suami, WMN kelihatan mabuk dan berbau alkohol. AS marah dan menyoal WMN, namun lelaki itu menjadi marah dan mereka bertengkar.

WMN yang berang memukul bakal isterinya di kepala, lengan, perut, punggung, serta menolaknya jatuh di lantai.

Akibat dipukul, AS cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Rejotangan. Dia ditemani keluarganya untuk membuat laporan polis. 

Selepas itu, mangsa dirawat semula kerana mangsa masih belum pulih sepenuhnya. Suspek kini ditahan di Balai Polis Rejotangan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 9-1-2023 11:54 AM
varvilahhh cite dari seberang ni
Quote KirazMevsimi 9-1-2023 01:49 PM
bertuahhh. nasib sebelum kahwin dah terdedah perangai cenggini. selamatkan diri. moga dapat rezeki jodoh lain
Quote Hizert 9-1-2023 04:12 PM
Dah tahu kaki mabuk gigih nak kawin haa! amik kau pukulan kung fu mabuk
Quote Decaffeinated 9-1-2023 07:54 PM
AS = Anita Sarawak, WMN = Wan Mohd Najib

bukan nama sebenar
Quote Decaffeinated 9-1-2023 07:56 PM
KirazMevsimi replied at 9-1-2023 01:49 PM
bertuahhh. nasib sebelum kahwin dah terdedah perangai cenggini. selamatkan diri. moga dapat rezeki j ...

bertuah terpakai untuk dua2 pihak

Quote rosedemon 10-1-2023 08:08 AM
kawen jela kalau cinta kenyang makan penyepak nnt

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047169 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top