CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilik Hotel Paling Mahal, RM440,350 Satu Malam

9-1-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 813| Komen: 4

LAS VEGAS, Nevada – Sebuah hotel di Las Vegas dianggap paling mahal di dunia kerana mengenakan bayaran AS$100,000 (RM440,350) untuk penginapan satu malam, lapor portal berita Daily Mirror kelmarin.


Bilik suite itu mempunyai keluasan 836 meter persegi dan memiliki pelbagai kemudahan seperti pawagam peribadi, bar 13 tempat duduk, ruang istirahat yang cukup besar untuk lebih 50 tetamu serta ruang makan di The Empathy Suite, The Palms Casino Resort.


Foto: Youtube

Ia direka oleh Damien Hirst iaitu seorang artis seni British terkenal yang menggunakan berlian pada karyanya.

Salah satu karya seni artis berkenaan terdapat di dalam bilik tersebut yang berbentuk sebuah tangki gergasi dengan dua ekor ikan jerung tergantung di dalamnya.


Bagaimanapun, segelintir orang yang berkemampuan sebenarnya boleh tinggal secara percuma di suite itu tetapi perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai kad kredit dengan had melebihi AS$1 juta (RM4.40 juta). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 9-1-2023 11:19 AM
Boleh beli rumah studio condo cash dgn duit tu..kaya betul la sape mampu menginap kt sini
Quote uori 9-1-2023 11:32 AM
macam ngeri je

iols dapat duduk the brando resort pun cukuplah. ada sesape nak sponsor tak?
Quote rosedemon 10-1-2023 08:08 AM
apa tujuan buat bilik memahal cmni. entah apa2
Quote plywood 10-1-2023 08:13 AM
orang kaya pun rasa rugi tinggal disini...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.166719 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top