CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zali Rusli Tak Nak Tumpang Glamour Haqiem Rusli, Nak Merangkak Dan Berdiri Atas Nama Serta Bakat Sendiri

9-1-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1101| Komen: 11

Tidak pernah ada kenal erti putus asa dalam diri seorang anak muda bernama Zali Rusli meskipun percubaannya meluncurkan single perdana beberapa tahun lalu tidak membuahkan hasil untuk dibanggakan.


Kini meneruskan kemaraan dengan semangat baharu, Zali, 17, kembali dengan single berjudul Kamu Cantik Malam Ini yang dicipta bersama abang kandungnya juga penyanyi dan komposer berbakat besar, Haqiem Rusli.

Sering menyanyikan lagu ciptaan ‘anak-beranak’ dan jarang menyanyikan karya pencipta lain, penyanyi muda itu mengakui lebih selesa mendendangkan karya hasil ciptaan mereka sendiri dan perkara tersebut juga mendapat persetujuan daripada syarikat rakaman.

Foto: IG


“Buat masa sekarang, saya rasa selesa menyanyikan lagu ciptaan kami dan mendapat persetujuan daripada pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang, saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain,” ujarnya.

Tambahnya, dia lebih selesa menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem dan yakin bahawa single kedua yang bergenre balada akan mudah diterima sekali gus lekat di hati pendengar.

“Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu-lagu jiwang dan balada seperti era 1990-an. Jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera pendengar masa kini,” katanya.



Meskipun sering bekerjasama dengan abangnya sendiri, Zali tidak mahu terus dibayangi populariti Haqiem. Sebaliknya dia lebih selesa untuk berdiri atas bakat sendiri tanpa dikaitkan atau dibanding-bandingkan.

“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri atas nama serta bakat sendiri.

“Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat. Jadi saya tidak mahu dibayangi atau dikatakan menumpang populariti abang,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, Zali juga mengakui dia tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah beberapa penyanyi senior lain di bawah label FMC Music yang dinaunginya itu untuk merakamkan semula lagu popular lama.



“Saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baharu yang boleh dipopularkan dan masih menepati selera pendengar, kenapa nak bergantung pada lagu lama sahaja kan? Biarlah mereka sahaja buat, saya nanti dulu,” katanya.

Sementara itu, bercakap tentang proses pembikinan video muzik single keduanya, Zali mengakui sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon remaja sensasi, Qistina Raisah yang tidak pernah sunyi daripada dihimpit kontroversi.

“Ya, pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik, malah sangat peramah. Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis.



“Selalu saya tengok Qis dalam drama saja. Bila tengok di depan mata, terus terkedu. Jujur cakap, saya terpaut hati pada Qis tetapi apabila dapat tahu dia dah ada seseorang, saya pendam sajalah,” seloroh Zali.

Lagu Kamu Cantik Malam Ini telah pun dilancarkan menerusi semua platform digital, manakala video muzik rasmi boleh ditonton menerusi menerusi saluran YouTube FMC Music.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 9-1-2023 12:10 PM
ok la semoga berjaya
Quote akuHavocczz 9-1-2023 12:17 PM
watefak la woiiii zali ni baru 17 tahun. Qis tu pun baru sekolah. reputs pun tanya lah soalan lain. Budak budak korang dah tanya pasal bercinta amenda lah.
Quote CauPandin 9-1-2023 12:22 PM
semua nak jd retis
Quote prince_marhaen 9-1-2023 12:33 PM
wajah pun soooooo KKB Rawang Bypass dik...jauhhhhhhhhh lagi... nexttttt!!!!
Quote prettyuglybabe 9-1-2023 12:37 PM
tak nak dikenali tak nak tumpang glamer pong pang pong pang..
tapi kau yang buka cerita kau tu adik beradik sepupu sepapat anak beranak si polan
Quote fadz84 9-1-2023 01:21 PM
prettyuglybabe replied at 9-1-2023 12:37 PM
tak nak dikenali tak nak tumpang glamer pong pang pong pang..
tapi kau yang buka cerita kau tu adik  ...

Pastu lagu pun sama2 buat ngn abang dia.. contradict betul.. hehe
Quote putu 9-1-2023 04:52 PM
Hmmm xpala dik. Sambung belajar la dulu ya
Quote fefeeling 9-1-2023 06:56 PM
Abg adik dua2 mmg takde modal nak buat grooming rupa paras kah?
Quote LadyCarefree 10-1-2023 02:21 AM
eeeewww sangat statement2 dia. gene propa dan poyo kuat betul
Quote rosedemon 10-1-2023 08:26 AM
tak enak dipandang. ko duk jela dalam lemari zali oi
Quote Markonah_7 12-1-2023 08:22 PM
Bergetar ekk kau dik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.039049 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top