CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Dikutuk Kaw-Kaw Bawa Bayi 16 Bulan Panjat Gunung Kinabalu

9-1-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1896| Komen: 24

Aktiviti lasak seperti mendaki gunung sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan.

Namun begitu, aktiviti sebegini tidak sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya anak kecil.


Baru-baru ini tular satu hantaran di media sosial @mysabahinfo memaparkan pasangan suami isteri membawa cahaya mata mereka yang berumur 16 bulan ke puncak Gunung Kinabalu.


Foto: IG

Menerusi hantaran Instagram @melissasulaiman, Melissa mengatakan idea tersebut tercetus kerana suaminya memiliki sebuah syarikat pelancongan yang menyusun atur pendakian ke gunung tertinggi di Malaysia.

Pada mulanya rancangan itu tidak dipersetujui oleh ibu bapa mereka kerana risau akan keselamatan si cilik ketika berada di altitud yang tinggi.


Oleh itu, mereka menunggu sehingga anak mereka berumur setahun lebih untuk meneruskan rancangan mereka.

Perancangan yang penuh risiko itu diimbangi dengan persiapan rapi oleh pasangan suami isteri tersebut.




"Kami datang bersedia. Kami ada first aid kit, warmer patch, winter socks, semuanya kami ada untuk anak kami.

"Syukur Daddy (suami) ada stamina dan mental kuat. Daddy yang rancang semua ini untuk anak dia.

"Banyak kali mahu give up dan takut semua sebab concern dengan baby. Alhamdulillah kami sampai dan baby pun kuat juga," kata Melissa.

Selain itu, Melissa telah mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan tentang rancangan pendakian mereka dan saranan persiapan yang perlu dilakukan.


Foto: IG

Pasangan itu juga telah memaklumkan kepada pihak Taman Kinabalu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mengenai rancangan mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu bersama bayi mereka.

Seterusnya sebelum pendakian bermula, pasangan suami isteri itu setiap minggu membuat latihan dengan membawa bayi mereka mendaki pelbagai bukit di sekitar Kundasang, Sabah.

Selesai sahaja ekspedisi pendakian mereka, pasangan suami isteri itu terus membawa bayi mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan bersama doktor perubatan.

Berkongsikan penenerimaan bayi mereka ketika mendaki ke tempat yang ekstrem di Gunung Kinabalu, si kecil hanya menangis sekali pada hari kedua perjalanan turun.


Foto: IG

Melissa sempat berterima kasih kepada rakan sepasukan mereka dalam ekspedisi pendakian itu kerana memahami cabaran yang perlu dihadapi bersama apabila membawa seorang bayi.

"Terima kasih sebab banyak membantu kawan-kawan. Sanggup tunggu kami kalau kami lambat, sanggup layan kerenah baby.

"Tolong nyanyi-nyanyi untuk baby dan bagi sokongan moral kepada Daddy," kata Melissa bersyukur kerana misi mereka berjaya disempurnakan.

Meskipun langkah berjaga-jaga yang telah diambil pasangan tersebut, rata-rata warga maya masih tidak bersetuju dengan idea untuk membawa seorang bayi ke puncak Gunung Kinabalu.

"Bukan tindakan yang bijak bagi ibu bapa, tolong la kalau ada apa-apa hal nanti, budak umur setahun lebih saja tu.

"Kurang oksigen di atas sana, dengan sejuknya lagi, sana pressure tidak menentu sebab ketinggian.

"Orang dewasa biasa belum tentu boleh handle, apa lagi bayi, sangat-sangat tidak digalakkan," kata seorang netizen menyelar tindakan ibu bapa itu.

Seorang warga maya juga mengesyaki Melissa hanya mahu mengejar populariti melalui tindakannya itu.

"Satu tindakan yang berani, mungkin suami isteri suka adventure so nak bagi anak biasa ikut adventure sekali.

"Semoga baik-baik sahaja. Cuma tidak digalakkan untuk buat macam ini sebab risiko bahaya lagi tinggi dari glamour yang nak dikejar," kata seorang netizen.

Terdapat juga netizen yang berpihak kepada ibu bapa tersebut dengan menyatakan anak kecil di luar negara sudah didedahkan dengan aktiviti dan sukan lasak sejak usia muda.

"Kalau di negara Barat, biasa sudah bawa bayi ini pergi hiking dan ski salji semua.

"Dekat sini je yang tak biasa lagi sampai mengecam," kata seorang pelayar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 9-1-2023 11:12 AM
nape kalau mat salleh  yg buat sume org puji.. tp kalau org msia kita buat, sume kena kecam?
Quote supernaturalee 9-1-2023 11:14 AM
elok selamat boleh la nk flex


Quote uori 9-1-2023 11:18 AM
aku naik pepagi buta pada hari kedua tu pun tak cukup napas, mungkin takde sesape nyanyi2 untuk aku kot. hebatlah budak nih  
Quote shida81 9-1-2023 11:18 AM
Selamat x per... Klu ada masaalah kan da menyusahkan org
Quote esbok 9-1-2023 11:23 AM
nurul_akmar replied at 9-1-2023 11:12 AM
nape kalau mat salleh  yg buat sume org puji.. tp kalau org msia kita buat, sume kena kecam?

Daku pemanjat juga, secara pandangan peribadi daku, aktiviti ni mmg berisiko. Andai kan sesuatu terjadi, maka menyesal lah masing2 walau panjat ni ada malim gunung. Malang tak berbau kan.
Kalau tunggu besar sikit ok kot,  anak tu boleh communicate dgn baik, boleh bergerak sendiri, apa2 hal terjadi, dia boleh bantu diri sendiri. Tapi terserah lah pada masing2, sebab anak memasing kan.

Quote Eva_yy_Ellin 9-1-2023 11:25 AM
Ada je la orang bawa baby naik Gunung Kinabalu, dari dulu lagi. Cumanya dulu bukan zaman Internet dan viral bagai ni. Sebab couple ni pos dekat media sosial je kena kecam.
Quote kucingitam 9-1-2023 12:26 PM
anak sendiri..lantak kau lah
Quote Thunderclouds 9-1-2023 12:30 PM
Bukan 1st taim org hangkot baby nek situ. Byk kali dh. Kawan aku pempoan pn buat. Post siap kt fb org pakat² applaud. La ni ja jaman viral serba serbi wajib kecam. Chooiiiiii
Quote JunkMail 9-1-2023 12:34 PM
Kalau ikut cakap orang.. kena tanah pun tak boleh budak budak ni .
Quote mejaputih 9-1-2023 12:36 PM
anak dia..lantak la..lgpun dia dah dpt consultancy dari doktor...
Quote prince_marhaen 9-1-2023 12:37 PM
esbok replied at 9-1-2023 11:23 AM
Daku pemanjat juga, secara pandangan peribadi daku, aktiviti ni mmg berisiko. Andai kan sesuatu te ...

meols  setuju part anak tu boleh membantu dan survive sendiri if in case something bad has happen, tergelincir ngan bapak ke, bapak bodoh terlepas anak ke, or bapak tetiba mati mengejut ke... at least budak above 4-7 yang dah boleh communicate well atau pandai guna emergency devices lah kan...
Quote She-Ra 9-1-2023 12:45 PM
Edited by She-Ra at 9-1-2023 12:47 PM

biarlah diaaaa.. apa2 jd kang atas tanggungjawab sendiri
tp yg kena tempias sudah pastilah taman2 negara kinabalu nun.. dorg sanggup, makanya... tp tulah nanti ramai la yg lapar like cuba apply jgk dgn ucapan "ehhh haritu dia boleh, kenapa saya tak boleh?" lantakkkkkk
iols nak daki gunung kinabalu pun seram2 sejuk.. ghisauuuu tatahan sejuk (AMS)
apapun alhamdulillah berjaya tawan.. sejuk tu mmg sejuk.. kt laban rata, semua peserta kena cek suhu bacaan segala.. utk pastikan semua ok
Quote grouper 9-1-2023 12:47 PM
Klau doktor n pihak Bomba dah bagi pelepasan nak persoalkan apa lagi...org yg paling expert dah kata ok buat je la
Quote Nnasda53 9-1-2023 12:47 PM
Dah anak dia biarla apa2 hal dia tanggungla sendiri.
Quote esbok 9-1-2023 12:55 PM
prince_marhaen replied at 9-1-2023 12:37 PM
meols  setuju part anak tu boleh membantu dan survive sendiri if in case something bad has happen, ...

Yeah, dengan kata lain , untuk kebaikan budak tu jugak. Apa2 hal, dia boleh terima arahan dengan baik. Proses penyelamatan pun boleh berjalan dgn smooth sikit.
Lagi satu jangan samakan baby bandor dengan baby membesor kat kampung dekat dgn hutan. Survival skill berbeza. Ketahanan badan pun ada potensi berbeza.


Tapi apa2 hal terserah kat masing2 lah ye untuk timbang mana lebih baik ye dak
Quote prince_marhaen 9-1-2023 01:01 PM
esbok replied at 9-1-2023 12:55 PM
Yeah, dengan kata lain , untuk kebaikan budak tu jugak. Apa2 hal, dia boleh terima arahan dengan b ...

KAN.... meols malas nak mengeji ke menasihat or even kagum ke, its all at your own risk, TAPIIIII.... meols harap mamat ni tak gunakan kesempatan ni (anak dia sihat & selamat) untuk promo lagi ramai bawa baby / toddlers naik kinabalu, tak normalise kan benda ni, walaupun hiking tu sihat, tapi lebih banyak mudaratnya sebab ni dah kira extream sports kan..bukan healthy sports lagi... ye lah.. mamat ni kan buat benda ni sebab nampak sangat nak promo service dia kan...
..Melissa mengatakan idea tersebut tercetus kerana suaminya memiliki sebuah syarikat pelancongan yang menyusun atur pendakian ke gunung tertinggi di Malaysia.


Quote talapia 9-1-2023 01:24 PM
ok.. the fact that dorang pergi secara berkumpulan.. dan well prepared.. okla.. dah timbang tara baik buruk.. aware dengan risiko.. okla..

cuma diakui.. umur setahun setengah anak masih belum bole berkomunikasi.. so in case dia tak selesa.. short of breath ke.. camne dia nk express? nangis je la kan? And if anything unplanned happen.. anak ni belum bole nak survive sendiri.. mungkin dah bole berjalan.. tapi anak sekecil ini kalau anything happens to the parents.. dorang takkan bole pikir utk pegi mintak tolong ke apa..
Quote prettyuglybabe 9-1-2023 01:29 PM
tak yah risau..
jadi apa-apa open la derma..
bukan susah pun..
Quote venom1 9-1-2023 01:49 PM
kucingitam replied at 9-1-2023 12:26 PM
anak sendiri..lantak kau lah

Well said

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075198 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top