CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Tiba-Tiba Dapat Panggilan Pejabat Agama, Suami Senyap-Senyap Fail Cerai "Lupa Anak Bini Lepas Kenal Kekasih Baharu"

9-1-2023 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1367| Komen: 8

Seorang wanita diceraikan si suami kerana hati sudah berubah kepada wanita lain.

Dalam satu luahan tanpa nama di Twitter, individu itu bersimpati dengan nasib kakaknya yang dibiarkan terkapai-kapai oleh suaminya yang tidak bertanggungjawab.


"Baru bulan lepas kakak saya bercerai dengan bekas suami.

"Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba pejabat agama call cakap kena pegi mahkamah sebab bekas suami failkan cerai.

"Kakak saya setiap malam menangis fikir kenapa dia diceraikan," katanya menceritakan semula situasi kakaknya.


Gambar Hiasan

Selepas diceraikan, individu itu mendakwa bekas abang iparnya langsung tidak datang melawat kakak dan anaknya untuk melihat keadaan mereka.


"Lepas cerai je, bekas suami dia memang selalu tak ada dekat rumah sebab selalu post gambar dekat luar.

"Dan kakak saya dapat rasakan yang bekas suami dia ada perempuan lain, sekali memang betul.

"Bekas suami dia ada perempuan lain tapi kemungkinan perempuan tu tak tahu yang dia bercinta dengan duda anak satu," ujarnya.

Perkara yang lebih mengguris hati adalah apabila bekas suami kakaknya langsung tidak ambil kisah untuk berjumpa dengan anak mereka yang sangat merinduinya.

"Yang paling sakit hati apabila bekas suami kakak sanggup pilih nak jumpa dengan perempuan tu dari spend time dengan anak sendiri.

"Padahal anak sendiri menangis-nangis rindu dekat ayahnya.

"Kepada perempuan tu, awak bukan sahaja rampas suami orang tapi awak rampas kasih sayang seorang ayah daripada anak yang berumur dua tahun.

"Saya menulis ni pun sambil mengalir air mata," katanya penuh kesal dengan nasib yang menimpa kakaknya.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya mempertahankan wanita baharu yang hadir dalam hidup bekas abang iparnya.

"Awak pun ada cakap yang kemungkinan perempuan tu tak tahu dia bercinta dengan lelaki orang anak satu.

"Kenapa tiba-tiba nak tuduh perempuan itu perampas. Patutnya jantan tu je yang dimaki.

"Wanita tu pun mungkin mangsa keadaan," kata pelayar itu.

Warga maya yang lain mengatakan balasan akan menghantui bekas suami kakak individu berkenaan di atas perbuatannya.

"Kifarahnya apabila dah tua nanti anak tak pedulikan dia. Memang melarat masa tua nanti.

"Dah tua nanti jangan baru nak claim itu anak. Kalau anak tak nak bela jangan label dia anak derhaka pula.

"Jantan macam ni bila dah tua baru heboh nak cari anak-anak," kata sebilangan warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 9-1-2023 04:48 PM
teringat kes saudara terdekat i, mahkamah syariah call tetiba out of nowhere mintak hadir ke mahkamah utk tujuan poligami. bila die call suami, suami siap boleh cakap tu scammer. hehe lawak pulak.
Quote rosedemon 10-1-2023 08:05 AM
bek ko jadi janda je la kak
Quote plywood 10-1-2023 08:08 AM
ladybugz replied at 9-1-2023 04:48 PM
teringat kes saudara terdekat i, mahkamah syariah call tetiba out of nowhere mintak hadir ke mahkama ...

haha.. kelakarnya


bini dia boleh jer sahkan panggilan tu kan...

Quote dani-rox 10-1-2023 08:17 AM
Ni mesti bini dia yg ada something wrong nihhh. sbb tu laki dia cari pompuan lain. keburukan bini secara automatik override kegatalan dan pengabaian suami konsepnya
Quote ina_na 10-1-2023 08:53 AM
Baik jd janda je dr sakit jiwa..biarkan je la laki tu gan gf dia .nanti Kalo sempat tua..bl tetiba rindukan anak aka duit anak bt x tau je..ms muda x cara ke anak..
Quote sarahmirza 10-1-2023 09:03 AM
Korang pun..... Bagi la masa utk dia meratap.
Rasanya baru diceraikan kot.. Paling kurang 3 bulan dia meratap tertanya apa kekurangan dia sampai diceraikan.... Biasa la, suami je kan yang sempurna.

Si adik pun... Ko tolong la failkan segala tuntutan kat suami dan keluarga dia..
Kalau jenis keluarga lelaki tak berapa faham agama, akan keluar la ayat... "kami tak boleh buat apa2"... Sebenarnya boleh, anak ko lelaki so kalau dia jantan taguna, tanggungjawab nafkah si anak tu jatuh kat wali... So hulurlah duit kat bekas isteri tu sebagai nafkah anak.

Jangan ingat ada anak lelaki senang ye...
Tanggungjawab wali tu sampai mati kena pikul.
Quote csham 10-1-2023 09:06 AM
sarahmirza replied at 10-1-2023 01:03 PM
Korang pun..... Bagi la masa utk dia meratap.
Rasanya baru diceraikan kot.. Paling kurang 3 bulan di ...

Betul la tu. Mcm sis dh warning . husband kalau no poli, I x nak ..I nk hidup aman aman je .so I prefer to exit for the marriage n hidup sendiri dgn anak . Ko nk poli ko punya pasal..I don't want drama i pening pening melibatkan manusia yg x significant (bini kedua) in my life.
Quote ninja boy 10-1-2023 09:19 AM
Apa nopon address boleh hantar 10,000 wanita kasi lempang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.082998 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top