CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subvarian 'Kraken' Pula Muncul Dan Mula Tersebar, WHO Beri Amaran Ia Mudah Berjangkit

9-1-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1716| Komen: 25

Subvarian Omicron baharu, yang telah muncul di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), kini menimbulkan kebimbangan ramai.

Subvarian baharu ini secara rasmi digelar 'XBB.1.5' atau dikenali sebagai 'Kraken' dan merupakan hasil serpihan daripada dua varian lain yang bergabung bersama iaitu BA.2.75 dan BA.2.10.1.

Foto: Euronews

"XBB.1.5 ialah subvarian yang mudah berjangkit yang berjaya dikesan," kata Ketua Teknologi Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Maria Van Kerkhove.

Subvarian itu dianggarkan bermula antara November dan Disember 2022 di atau sekitar New York.

Ia dianggap menjadi penyebab berlakunya peningkatan sehingga 41 peratus kes Covid-19 semasa, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.


Selepas AS, subvarian itu turut dilaporkan di seluruh Eropah, Australia dan sebahagian Asia Tenggara. - CARI

Sumber: mStar/Euronews.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 9-1-2023 10:42 AM
BFF 7.0 ?...best friend forever ..
Quote sukacactus 9-1-2023 10:47 AM
Simunggu replied at 9-1-2023 10:42 AM
BFF 7.0 ?...best friend forever ..

Hahaha clingy bff
Kita elak, dia nak dtg jg
Quote asudau 9-1-2023 10:49 AM
tak pe..tak bahaya sangat....kata menteri
Quote tungkai 9-1-2023 10:55 AM
So yg datang dari US/UK takde nak buat screening gak ke?
Quote mejaputih 9-1-2023 11:05 AM
tungkai replied at 9-1-2023 10:55 AM
So yg datang dari US/UK takde nak buat screening gak ke?

itu tak perlu..kami hanya nk block dari China je !!!

-- acik forum--
Quote gekkou 9-1-2023 12:44 PM
macam mn depa bagi nama2 ni ye
macam bagi nama taufan tu
Quote sharlenetexas 9-1-2023 12:47 PM
Crack? Cracken? Kraken.

Quote kumurkumur 9-1-2023 12:58 PM
gekkou replied at 9-1-2023 12:44 PM
macam mn depa bagi nama2 ni ye
macam bagi nama taufan tu

suka hati je. contohnya luciferase

Quote pooh~key 9-1-2023 01:31 PM
Kau tunggu varian oyo datang satgi sis.
Quote ladybugz 9-1-2023 04:56 PM
i pun tgh bergelut dgn covid ni. kali kedua dah terkena. entahla variant apa kali ni tapi malam2 ja i jd nk meracau2. seluruh badan sakit2 sgt. x mcm yg covid i kena sebelum ni. kacau mental lg ni, sabar je la.
Quote ilacantik 9-1-2023 05:04 PM
Apalah nasib 2023 ni nanti. Baru nak bebas..
Quote delia3003 9-1-2023 06:39 PM
Edited by delia3003 at 9-1-2023 06:41 PM

Kraken, monster dalam Aquaman.

Mula2 silap baca Kraven.

Movie Kraven The Hunter dah nak keluar.

Kesian pulak untuk yang dah lebih sekali kena covid
Quote aina_shaira 9-1-2023 06:43 PM
ladybugz replied at 9-1-2023 04:56 PM
i pun tgh bergelut dgn covid ni. kali kedua dah terkena. entahla variant apa kali ni tapi malam2 ja  ...

Sekarang kena update dalam mysejahtera ke? Doktor bagi mc x, berapa hari dpt? Simptom apa
Quote mejaputih 9-1-2023 06:43 PM
pooh~key replied at 9-1-2023 01:31 PM
Kau tunggu varian oyo datang satgi sis.

Iols gelak dari tadi bila baca tulisan heols...eh dia heshe ke? Iols confused..siap mengaku ada kad oku dan penah cederakan org...
Quote pooh~key 9-1-2023 06:46 PM
ladybugz replied at 9-1-2023 04:56 PM
i pun tgh bergelut dgn covid ni. kali kedua dah terkena. entahla variant apa kali ni tapi malam2 ja  ...

Menom air kelapa pior tak campur ais tak campur gula banyak2 sissy.
Quote pooh~key 9-1-2023 06:47 PM
mejaputih replied at 9-1-2023 06:43 PM
Iols gelak dari tadi bila baca tulisan heols...eh dia heshe ke? Iols confused..siap mengaku ada ka ...

Loh pulak sis? Akak tak baca lagi pulak part cederakan orang tu sis uuuuiiiiisshhhh sis.
Quote Kitty_catz 9-1-2023 06:47 PM
pooh~key replied at 9-1-2023 01:31 PM
Kau tunggu varian oyo datang satgi sis.

tu varian kiamat sisturr
varian paling last antara smua
Quote bayan_nuri 9-1-2023 07:02 PM
ladybugz replied at 9-1-2023 04:56 PM
i pun tgh bergelut dgn covid ni. kali kedua dah terkena. entahla variant apa kali ni tapi malam2 ja  ...

moga cepat sembuh sis... Aamiin...
Quote Belibis 9-1-2023 07:16 PM
gekkou replied at 9-1-2023 12:44 PM
macam mn depa bagi nama2 ni ye
macam bagi nama taufan tu

Udah kalau dari WHO..letak le nama natam apa pong.....semua akur jer la...pakar kannnnnnn.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top