CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Video Lelaki Mirip Aliff Aziz Bersama Wanita Di Kelab Malam Tersebar, Pelanduk Dua Serupa Atau Hanya Shooting Drama?

9-1-2023 09:27 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5961| Komen: 40




Hari ini netizen dikejutkan dengan rakaman video tular memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dipercayai di sebuah kelab malam.

Menurut individu yang menghantar rakaman itu, video rakaman tersebut dirakamkan di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sekitar 5 pagi.

"Saya nampak pemuda seperti Aliff Aziz keluar kelab dengan perempuan tak tahu siapa tapi bukan isteri dia. Saya nampak sekitar jam 5 atau 5.30 pagi tadi."


Itulah ujar seorang individu yang menghantar rakaman video yang memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara.

Menerusi laporan mStar, pemuda mirip Aliff Aziz itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah. Dalam video itu, dia dilihat seronok menikmati suasana di kelab malam.



Usaha mendapatkan pengesahan dan komen lanjut daripada Aliff berhubung video miripnya itu tidak berjaya apabila panggilan dibuat dijawab.

Mungkin apa yang dilihat itu pelanduk dua serupa atau juga merupakan penggambaran drama.

Lagi pun takkan Aliff Aziz melakukan perkara tidak baik kerana pada tahun lalu dia banyak berkongsi kisah penglibatannya dengan aktiviti agama Islam dan mula berubah ke arah kebaikan. 

Apapun, kita tunggu jawapan tuan punya badan. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 9-1-2023 02:44 AM
Prempuan tu org biasa ke heroin drama tu juga?
Quote I.K.A888990 9-1-2023 02:59 AM
baca kat komen tiktok tu berlakon katanya
Quote blue^panther 9-1-2023 03:15 AM
Gigihnya lah yang merekod pon......but, once a cheater always a cheater......
Quote DeLuna85 9-1-2023 03:32 AM
Okey. Awal sangat aku masuk ni
Quote dio5774 9-1-2023 06:43 AM
Kalau berlakon yg merekod tu dah kenapa acah2 tak nampak krew tengah shooting?saja nak bikin panas atau memang tak ada krew?? atau dia pun kreww saja nak promote drama bakal keluar?

Hahh berapa banyak atau
Quote Perawankota 9-1-2023 06:43 AM
So mmg scene dalam lakonan, or, sendiri yg berlakon
Quote nipskacang 9-1-2023 06:54 AM
Ke sekadar marketing? Ahahaha
Quote fifie_olin 9-1-2023 07:12 AM
shooting la tu
xkan la si alip bodo terang2 masok club dgn pmpn kol 5 pagi
husnozan je la
Quote hannan_rayyan 9-1-2023 07:36 AM
marketing for drama baru tu
Quote aldilla_zahraa 9-1-2023 07:40 AM
Siapa puji sgt alip haritu? Hahahaha
Quote laksmanabentan 9-1-2023 09:23 AM
fitnah ini... alif aziz tu suci murni okay..
da tinggal kan semua duniawi ini... gitu...
Quote sangbara2020 9-1-2023 09:30 AM
akan dtg bininya pertahankan lakinya....ah lantak la korg....habis semua nak bercureng2...
Quote ketambangkang 9-1-2023 09:45 AM
kelab2 centu selalu tutup kul brp? mmg kul 5 masih bukak ek?
Quote lyshafull 9-1-2023 10:06 AM
huhuhu nmpk sgt berlakon
Quote pinkpunk 9-1-2023 10:09 AM
baby otw no 3 lah lepas ni.. ada dtg kt meletop time pantangkan ckp pasal laki curang..
Quote cantthinkofany 9-1-2023 10:10 AM
ntahnyaaaaa....
Quote da_lynn 9-1-2023 10:13 AM
Tgk komen kat TT tu katanya berlakon, suruh tgk ig co-star cerita yg AA tgh shuting tu.
Dengan menyibuk nya i pun pergi tgk.
Nampak gaya mmg betul mcm tgh shuting
Quote Hoshhi 9-1-2023 10:19 AM
Shooting je. Netz ni mudah tertipu betul la.
Quote lee_sakura 9-1-2023 10:27 AM
mungkin tgh shooting drama sihir kot..kan bini nya kata rumah tangga kene sihir

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059112 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top