Puteri Thailand, Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati yang dimasukkan ke hospital pada bulan lalu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hospital Memorial King Chulalongkorn di Bangkok memaklumkan puteri raja itu sedang menerima rawatan berkaitan "jantung, paru-paru dan buah pinggang", menurut Royal Household Bureau. Puteri raja berusia 44 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 15 Disember lalu akibat serangan jantung. Menurut pasukan perubatan, keadaan puteri yang masih tidak sedarkan diri itu disebabkan aritmia dan jangkitan mycoplasma. "Doktor masih terus memantau dengan teliti keadaan puteri," menurut kenyataan pihak istana.
Puteri Bajrakitiyabha, anakanda sulung Raja Thailand Raja Mahal Vajiralongkorn dilaporkan rebah ketika melatih anjingnya untuk kejohanan Working Dog Championship di wilayah Nakhon Ratchasima pada 15 Dis. Puteri Bajrakitiyabha merupakan puteri tunggal Raja Vajiralongkorn dan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali. Sumber: BERNAMA |
mojarean_X replied at 9-1-2023 12:02 AM
@blastoff ada apa2 teori tak? Muda lg puteri tu
blastoff replied at 9-1-2023 08:17 AM
Kekayaan depa mencanak2 sejak syarikat raja thai itteww buat vaksin mRNA Astrazeneca for the 1st ti ...
ADVERTISEMENT