CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Mati Diterkam Beruang Padah Lupa Tutup Pintu Kandang

8-1-2023 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1203| Komen: 5

Seorang penjaga zoo di Andijan, Uzbekistan maut diterkam seekor beruang coklat selepas terlupa menutup pintu kandang, lapor akhbar The Sun semalam.

Pekerja yang hanya dikenali sebagai AG itu didakwa tidak mematuhi peraturan keselamatan apabila masuk ke dalam kandang untuk memberi makan kepada beruang tersebut pada 3 Januari lalu.


Seekor beruang coklat (dalam bulatan) menerkam seorang pekerja zoo di Andijan pada 3 Januari lalu. - East2West

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan AG menyedari haiwan itu berada betul-betul di belakangnya sebelum ia menerkamnya. Dia kemudia berlari menuju ke arah pintu untuk keluar dari kandang tersebut.

Haiwan itu kemudian mencakar dan menjatuhkan mangsa ke lantai sebelum menggigit leher dan mengoyak anggota badan pekerja tersebut, lapor media tempatan.


Rakan-rakan sekerjanya yang ketakutan membaling kayu dan batu ke arah beruang itu, yang membuatkan haiwan tersebut menarik mangsa dari pintu masuk kandang tersebut.

Dua pekerja zoo lain akhirnya berjaya memasuki kandang itu menggunakan tiang panjang tetapi tindakan mereka sudah terlambat.

Jurucakap polis di wilayah Andijan berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius  manakala pihak berkuasa telah membuka siasatan kes jenayah mengenai pengabaian keselamatan di zoo tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 9-1-2023 12:18 AM
skerrriiii
Quote KamikuP 9-1-2023 09:17 AM
Hoh ngerinyer
Quote Supersirap 9-1-2023 09:49 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote supernaturalee 9-1-2023 11:44 AM
teringat filem the revenant leonardo dicaprio
yg tu pun nyawa2 ikan

Quote kakikuDibibirmu 9-1-2023 11:57 AM
217.png

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.109763 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top