Kerajaan sedia menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Begitupun, katanya perkara berkenaan akan dibincangkan terlebih dahulu dalam satu program permukiman yang akan dihadiri barisan Kabinet pada minggu depan. Beliau berkata dalam program berkenaan, menteri-menteri Kabinet akan berpeluang memberikan input setelah sebulan dilantik ke jawatan masing-masing. Perdana Menteri berkata demikian dalam majlis pertemuan bersama diaspora Malaysia di Indonesia, di Jakarta, malam ini. Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah pada 3 Disember lalu.
Sumber: AWANI
|
Perwira2022 replied at 9-1-2023 07:17 AM
Kuat wayang betul si Nuar ni .. Takpelah, kita layan kan ajelah
ADVERTISEMENT