CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia ‘Block’ Nombor Telefon Saya Sejak Setahun Lalu,” Lagi Video Pendedahan! Puteri Sarah Anggap Syamsul Pengecut

7-1-2023 09:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 39402| Komen: 500




Hari ini gempar satu Malaysia tentang berita perkahwinan Pengarah filem terkenal Syamsul Yusof dengan isteri barunya, Ira Kazar.

Hanya mengetahui sah dimadukan menerusi laman sosial, pelakon Puteri Sarah Liyana Kamaruddin menyifatkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof sebagai pengecut, lebih-lebih lagi apabila menyalahkan dirinya berhubung kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan sejak empat tahun lalu, seperti mana dipetik dari laporan Kosmo.

Kata Sarah, Syamsul juga menampakkan kemunafikannya dengan bermuka-muka menggunakan nama Allah selain enggan berbincang selepas memilih keluar dari rumah terlebih dahulu.

Lebih utama, Syamsul juga menyekat nombor telefonnya sejak setahun lalu, bahkan sehingga hari ini, nombor telefonnya masih disekat oleh suami sendiri.



“Sebelum dia ajak saya balik rumah untuk berbincang, saya nak tanya dia balik kenapa selama ini diam? Kenapa baru sekarang nak mempersoalkan? Dan siapa yang keluar rumah dulu?

“Kepada Mohammad Syamsul Yusof, kalau anda ‘unblock’ saya dan hubungi ajak berbincang, bolehkan.

“Kenapa dibiarkan berlarutan sampaikan dah kahwin pun saya tahu dari media sosial. Kenapa tak hubungi atau cari saya di rumah keluarganya saja.

“Jangan cakap saya tak cari sedangkan dia ‘block’ (sekat) nombor telefon saya sejak setahun lalu,” kata Sarah menjawab beberapa persoalan yang dirasakan wajar sebagai respons terhadap video pengakuan Syamsul petang tadi.

Menurut Puteri Sarah, tuduhan Syamsul mendakwa dirinya keluar rumah dan membawa anak-anak tanpa izin adalah tidak berasas.

Malah tegasnya, jika anak-anak boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan mengatakan ayah mereka yang tiada di rumah dan meninggalkan keluarga.

“Anak-anak juga selalu bertanya kenapa ayah selalu tiada di rumah? Saya tidak lari ke mana-mana. Saya ada di rumah ibu bapa saya dan keluarga mertua. Anak-anak juga di situ.

“Anda tahu saya ada di mana, di rumah keluarga saya dan rumah mertua. Saya ada di Malaysia. ‘Come onlah’ Mohammad Syamsul, saya bukan di Thailand.

“Sepatutnya dialah yang datang ke rumah keluarga untuk berjumpa anak-anak,” ulasnya.

Bagi pelakon berusia 37 tahun itu, hakikatnya Syamsul yang memilih untuk lari daripada masalah meninggalkan dirinya terkontang-kanting membesarkan anak-anak sendirian.

“Tapi dia sendiri yang mengambil pendekatan untuk melarikan diri daripada masalah ini.

“Setiap kali ditanya, saya terpaksa berbohong kepada anak-anak bahawa mereka keluar bekerja,” kata Sarah.




Pada masa sama, Puteri Sarah turut menjelaskan berikutan keputusan Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand, secara tidak langsung isteri barunya itu melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.

Luah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia mempunyai bukti kukuh yang boleh dibawa ke mahkamah.

“Tapi tak mengapa saya ada semua bukti membabitkan hubungan mereka. Jadi kita tunggu di mahkamah,” ulasnya lagi. 

Akhirnya terjawab sudah sindiran netizen sebelum ini yang ramai bertanya samada Sarah tak ada nombor telefon Syamsul ke sampai setiap masa nak update instaStory luah perasaan sambil tag suaminya itu. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Afifi82 7-1-2023 12:33 AM
1st) Solsial.
Quote msdummy.2018 7-1-2023 12:34 AM
Teringat aku setajah ebi dolu2...dolue xder internet so medium bergadu adalah melodi
Quote MeowPARSI 7-1-2023 12:44 AM
Puas betul tgk video Sarah,, jelas explain satu satu.. Lembut menusuk kalbu.. Instagram IK pun mcm hilang dr radar dah,,, malu x berpenghujung... Tu mkn dia.. Laknatullah!!!  Tunggu azab,,, balasan Allah..

Moga PS kuat,, tambah dan jgn toleh ke belakang lg...
Quote MeowPARSI 7-1-2023 12:46 AM
#tabah... Smpi typo dibuatnya... Klu aku jd mak si Soldayus ni... Mmg susah nk ku ampunkn.. Munafik!!
Quote dudaberhias 7-1-2023 12:57 AM
tak sangka di penghujungnyaaaa anak degawan seluar macam sotong bakar tu yang si sol pilih... choiiii...

sungguh rendah dan low taste si sol ni dari dulu....

hati2 bila tido dalam kain tak lipat dalam bakul tu... silap2 tikus beranak dalam bakul tu pun ko tak perasan nanti... bini dok bergelek je tahu...



Quote Rogue98 7-1-2023 12:59 AM
Suka tengok ps balas statement sole....nampak dia tenang and bijak. Sole pulak nampak bodoh and terkantoi. Lepas ni harap semua boikot movie dia.
Quote hotmak 7-1-2023 01:01 AM
kuatnya dia, tak menangis takde tersekat2 pun nak bercakap, terus kuat ye sarah, sedih tgk
Quote anony-mous 7-1-2023 01:14 AM
Sampai habis i tgk video tu. Kuat betul PS ni. Team sarah dari dlu. Mujur arwah kaka norm dah x ada. Dia rajin kutuk PS ni dlu

Mmg dayus la sol ni. One day ank dia akn tgk video ni
Quote rayna_raynes 7-1-2023 01:14 AM
Ira tu pakai bertutup mcm tu pun tetap nampak mcm bogel
Quote JalaEmas 7-1-2023 01:16 AM
Sosiallll betul lah samdol nih..kuat betul PS ni..lame die tanggung..
Quote iza_just2c 7-1-2023 01:16 AM
Kenapa la dulu tak dedah awal2 macam ni.sampai block nombor dah kenapa sol ni
Quote lililen 7-1-2023 01:28 AM
iza_just2c replied at 7-1-2023 01:16 AM
Kenapa la dulu tak dedah awal2 macam ni.sampai block nombor dah kenapa sol ni

Klu dedah awal2 confirm la kene kecam satu malaysia bukak aib suami katanya. Skrg dah mengaku nikah, ayuh kite kasi londeh semua. Go sarah go
Quote toxicated 7-1-2023 01:33 AM
anony-mous replied at 7-1-2023 01:14 AM
Sampai habis i tgk video tu. Kuat betul PS ni. Team sarah dari dlu. Mujur arwah kaka norm dah x ada. ...

Sama la sebbaik aku side sarah dr awal. Sian la 4 taun tu bukan tempoh pendek. Means masa pkp pun dorg tak duk serumah dh
Quote AnnaSendin 7-1-2023 01:34 AM
Iols bangun tengah² pagi buta nieyh semata nak maki si sol munafik terpaling nieyh sajork. Berkawan dengan usop semboyan kekonon alim nak tunjuk terpaling melayu. Pertahan meleis konon padahal bini dan mak sundirik pon terbiar dipsycho ira biotch. Usop semboyan tak nasihat heols ker ha? Heols tuew harap status pengarah dan kaya sajork, kalau status persis kembar cik non atau cicak tokek, dah lama ummah rendam heols dalam industri sampai lemas terkapai² mintak nyawa. Apa filem heols lepas nieyh, iols akan boikot waima filem sejarah sekalipon. Hari tuew mat kilau bukannya best mana, dialog pon membosankan. Spesis tunggang meleis dan agama nieyh memang iols rengsa. Kepada ira biotch, iols doakan sheols dibelasah oleh laki bajet alim tapi lagak macam don gangster italy.
Quote kiahbosan 7-1-2023 01:38 AM
Kena block patutlah hanya media je jd tempat luahkan rasa....
Quote NotYou 7-1-2023 01:42 AM
anony-mous replied at 7-1-2023 01:14 AM
Sampai habis i tgk video tu. Kuat betul PS ni. Team sarah dari dlu. Mujur arwah kaka norm dah x ada. ...

Kaka norm dah arwah?? ..dah lama juga iol tak masok cari ...hari ni baru aktif sebab si sol sol ...

Sebijik2 ps counter attack jawab si sol biol nye tuduhan...busuk lah mamat ni sendiri buat taik tapi playing victim...jual nama Allah ke hulu ke hilir last2 perangai munafik terserlah terang ...
Quote iza_just2c 7-1-2023 01:44 AM
lililen replied at 7-1-2023 01:28 AM
Klu dedah awal2 confirm la kene kecam satu malaysia bukak aib suami katanya. Skrg dah mengaku nika ...

Tapi sebab tak dedah awal2 nombor kena block tu la dalam forum ni pun ramai ngata sarah meroyan je kat ig nak kan perhatian..macam tak boleh nak whatsapp laki dia sendiri.padahal kena block...kesian dia
Quote iza_just2c 7-1-2023 01:47 AM
AnnaSendin replied at 7-1-2023 01:34 AM
Iols bangun tengah² pagi buta nieyh semata nak maki si sol munafik terpaling nieyh sajork. Berkawan ...

Kelakar lah..bangun semata nak maki.ingat nak tahjud
Quote AnnaSendin 7-1-2023 01:57 AM
iza_just2c replied at 7-1-2023 01:47 AM
Kelakar lah..bangun semata nak maki.ingat nak tahjud

Iols kalau tahajud haruslah iols doakan kehancuran rumahtangga si sol munafik dan ira biotch nieyh l. Hiar terlangkup makhluk terkutuk nieyh.

Lihat semua komen(500)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.102621 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top