CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKM Selamatkan Dua Beradik Jual Kacang

6-1-2023 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 762| Komen: 0

Dua kanak-kanak perempuan menjaja kacang di sekitar Seremban sejak sebulan lalu diselamatkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

Adik-beradik berusia 12 dan sembilan tahun itu diselamatkan dalam operasi dijalankan jabatan tersebut di sebuah kawasan perniagaan di Seremban 2, baru-baru ini.


NICOLE Tan Tan Lee Koon (dua dari kanan) ketika menziarah keluarga dua orang kanak-kanak perempuan yang diselamatkan pihak JKM Negeri Sembilan selepas didapati menjaja kacang di sebuah kawasan perniagaan di Seremban 2, Seremban.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita,Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, hasil siasatan mendapati kedua-duanya berasal dari Melaka dan tinggal bersama nenek mereka sejak bulan Oktober tahun lalu.


Kata beliau, dalam tempoh berkenaan, kanak-kanak terbabit telah membantu bapa saudara mereka itu untuk menjaja kacang di beberapa lokasi di bandar ini. 

“Kedua-duanya telah ditinggalkan oleh bapa dan ibu mereka dan telah kerap tidak ke sekolah ketika tinggal di Melaka.

“Hasil siasatan mendapati nenek dan bapa saudara kanak-kanak ini tidak mengetahui bahawa perbuatan membenarkan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun untuk bekerja adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. 

“Keluarga mendakwa ada melarang kanak-kanak ini untuk ikut keluar berniaga, namun kedua adik-beradik ini tetap mahu menjaja tambahan masing-masing seronok memperoleh wang hasil jualan dan sumbangan orang ramai yang menyebabkan mereka juga akhirnya tidak bersekolah,” katanya.

Nicole berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga dua beradik itu di Temiang di sini hari ini.


ROSNAH Sardi ketika ditemui pemberita hari ini selepas menziarah dua kanak-kanak perempuan yang diselamatkan ketika menjaja kacang di Seremban 2, Seremban baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, pihaknya kini masih mengesan ibu bapa kedua kanak-kanak berkenaan dan kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 17(1)(k) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001. 

“Dalam tempoh siasatan sementara ini, calon yang layak dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak ini telah diperoleh. Sekarang ini kami akan sentiasa membuat pemantauan terhadap kedua-duanya. 

“Ia akan dilaksanakan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak kami untuk pastikan penjaga dapat betul-betul menjaga dan memberikan perlindungan kepada mereka termasuk dalam aspek persekolahan,” katanya.

Rosnah turut memaklumkan kanak-kanak berkenaan memulakan persekolahan di sebuah sekolah di Lobak di sini sejak dua hari lalu.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050261 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top