Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan khabar angin berhubung ‘Langkah London’ bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan sebagai terlalu ‘jauh’ berbanding “Langkah Kajang’.
Perdana Menteri memberi respon sinis itu apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa pemimpin mengadakan pertemuan di London bagi tujuan berkenaan. “Langkah London itu jauh sangat, murah lagi buat ‘Langkah Kajang’,” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, hari ini. Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan dikaitkan dengan gerakan cubaan menjatuhkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dan pemimpin parti pembangkang.
Pemimpin berkenaan dikatakan mengadakan pertemuan rahsia di London baru-baru ini. Ismail Sabri dilaporkan mendakwa beliau menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang ‘tidak mengenal dosa’ apabila dikaitkan dengan khabar mengenai ‘Langkah London’. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit di Kedai Ikan Bakar Tangling, di sini. Beliau yang tiba pada pukul 12.48 tengah hari dengan memakai baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok dilihat beramah mesra bersama pengunjung yang mengambil peluang bergambar sebelum menjamu selera. Perdana Menteri turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Na’im Mokhtar; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Sumber: UTUSAN
|
zie_indah replied at 6-1-2023 09:56 PM
Tkto la kali ni PM kurasa ikut jala takde aura pun pak Non
ADVERTISEMENT