Wanita yang cemas selepas menerima kiriman mesej daripada anak-anak berhubung daging mentah dipercayai daging khinzir dibeli bekas suaminya, menjelaskan dia dihubungi anak kepada penjual daging di Permatang Pauh berkenaan.
Jelasnya, individu berkenaan menegaskan bapanya hanya berniaga sumber daging yang dijamin halal. Perkara itu membuat wanita dikenali sebagai Cekta Hermosa tidak pasti suaminya membeli daging ersebut dari kedai mana. Dalam masa sama, dia turut memohon maaf secara terbuka kepada penjual daging tersebut, sekali gus mahu imejnya dibersihkan di mata netizen. Terdahulu, daging berkenaan didakwa dibeli daripada seorang penjual Melayu di sebuah pasar basah di Permatang Pauh. Bagaimanapun, anak-anak Cekta Hermosa berasa ragu-ragu apabila warnanya bertukar menjadi putih sesudah dimasak. Bagi mendapatkan kepastian, wanita ini merujuk kepada beberapa kenalan berbangsa Cina dan mereka semua mengesahkan ia adalah daging khinzir. Lebih menyayat hati, bekas suaminya dikatakan naik berang apabila keraguan itu diadukan kepada Cekta dan mengugut serta melemparkan kata-kata kesat terhadap tiga beradik itu, sambil menafikan ‘daging pucat’ pembeliannya adalah daripada khinzir. Sumber: Kisah Dunia
|
Nham22: Uikk camane boleh tukar jd put ...
jazaa100 replied at 6-1-2023 10:03 PM
Pegi bawak ke makmal test lah....
Tgok mcm tu, mcm² sangkaan blh kuar....
rospinki replied at 6-1-2023 09:58 PM
Eeyy tgk kaler daging tu pon dh kenal daging babui
ADVERTISEMENT