CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tembak Isteri, Mak Mentua Dan Lima Anak Sebelum Bunuh Diri Sendiri

6-1-2023 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2157| Komen: 20

BBC melaporkan, lapan sekeluarga ditemui maut akibat ditembak di dalam sebuah rumah di kawasan luar bandar di Enoch City, Utah, Rabu lalu.

Menurut pihak polis, mayat-mayat ditemuk semasa melakukan pemeriksaan kebajikan di kawasan hartanah di sekitar selatan Salt Lake City. 


Polis mengesahkan identiti mangsa yang terlibat termasuklah seorang isteri, lima orang anaknya bersama ibu mentuanya.


Foto: BBC

Suspek, Michael Haight yang berusia 42 tahun telah melepaskan tembakan ke arah isterinya, Tausha, 40, ibu mentuanya, Gail Earl, 78, beserta lima anaknya sebelum dia menembak diri sendiri.

Difahamkan, lima kanak-kanak itu, termasuk tiga orang perempuan yang berusia 7, 12 dan 17, manakala dua orang lelaki berusia 4 dan 7 tahun.


Pengurus Enoch City, Rob Dotson memberitahu, mayat mangsa ditemui oleh polis kira-kira jam 4 petang waktu tempatan pada Rabu, selepas seorang individu melaporkan bahawa isteri kepada lelaki terbabit telah terlepas satu temu janji yang dijadualkan.

The Associated Press menyatakan si isteri telah memfailkan penceraian pada 21 Disember lalu. -CARI

Sumber: BBC

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 6-1-2023 06:33 PM
Ya ALLAH Ya Tuhan. mintak dijauhkannn
Quote mujer_in_espejo 6-1-2023 06:38 PM
makin byk pula kes gini
Quote faraway1 6-1-2023 07:03 PM
Aiyo mesti sebab bini minta cerai..

Omputih ni kena belajar gantung bini tak bertali aje..

Keluar aje rumah, buat suka hati biar bini anak Anak hidup tanpa perlu dibunuh.
Quote faraway1 6-1-2023 07:03 PM
Aiyo mesti sebab bini minta cerai..

Omputih ni kena belajar gantung bini tak bertali aje..

Keluar aje rumah, buat suka hati biar bini anak Anak hidup tanpa perlu dibunuh.
Quote hareeeesah 6-1-2023 07:39 PM
U die i die we all die kesahnya… mcm mana la masa dia nak bunuh sorg-sorg yg menunggu turn tu menjerit-jerit agakny
Quote selani 7-1-2023 08:55 AM
Kat Amerika banyak kes mcmni...isteri buat permohonan nak cerai tak lama lepas tu kena bunuh.
Quote Suchi 7-1-2023 09:00 AM
Edited by Suchi at 7-1-2023 09:02 AM
selani replied at 7-1-2023 08:55 AM
Kat Amerika banyak kes mcmni...isteri buat permohonan nak cerai tak lama lepas tu kena bunuh.


Tu sbb dorang lagi relaa bersekedudukan dr nikoh
Sbb penceraian menda besor sgt kat sana

Dah selalu sgt asal bini failkan penceraian akhirnya berakhir dgn kematian di tgn laki sendiri.

Sian anak2 apa salah dorang? Dahla yg 2 orang laki pompuan tu kembar kan sbb umur sama je 7 tahun
Quote pekanwoohoo 7-1-2023 09:34 AM
Maybe si laki tension pasal kalau jadi cerai, harta nak kena bahagi dua, kena bayar nafkah anak lagi, hutang rumah lagi, hutang kereta lagi, belanja anak sekolah lagi. Last sekali, mati je lah senang, habis cerita.
Quote brego 7-1-2023 11:56 AM
Edited by brego at 7-1-2023 12:08 PM

haaa kes ni, aku perasan mat saleh komen kat youtube.

PUNCA nya, bini dia nak ceraikan laki dia.

kat US sana, bini boleh ikut suka dia ceraikan laki bila2 masa,
if she gets bored, dia ceraikan laki dia.
or bila jumpa skandal, dia akan ceraikan laki dia.

siap dapat rumah, hak jaga anak dan duit lagi tiap bulan,
alimony and child support. manyak untong

berapa banyak laki yang bunuh diri sebab pressure kena cerai dengan bini,
ramai jadi broke and homeless. masuk penjara pun ramai.

courts suruh bayar alimony masa dia peak of career,
so bila hilang kerja, court still suruh bayar amount yang sama.
tak boleh bayar kalu, penjara masuk dalam.

yang femes bunuh diri sebab divorce and alimony,
aktor power rangers hijau/putih tu, jason david frank,
dan robin williams. aktor filem jumanji.

yang aktor brendan fraser, sampai jadi broke bayar alimony

divorce is a big business in US,
sampai ke lawyer si bini, laki tu kena bayar.

itu pasai young men kat sana REFUSE to get married,
they become red pilled or mgtow

yang mana mampu berduit, dan still nak kawin,
they join passport bros movement,
they seek for traditional wife material, di luar US.
mostly asean country - pilipin and thailand.


Quote Decaffeinated 7-1-2023 01:53 PM
Omputih anak sampai 5 ni rare. Jantan ni memang dah ada tanda2 tak betul dari awal.

So acik2 melayu pun hati2 bila dapat menantu jantan yang rare. Ada possibility mental pun problem

Quote liyamariska 7-1-2023 08:30 PM
Makin lama makin ramai manusia beemasalah mental...

Tu dulu dgr citer kos penceraian kt US nun lagi mahal kos kawen....
Quote batmana 7-1-2023 10:08 PM
menantu ada senapang, pistol tu tanda utama dh tk betul dh

bape ramai kene tembak kt sna, budak sekolah ngamuk pun pkai \senjata api

tk pnah lagi dgr bdk sekolah bwa senapang pi skolah lagi, baik juga org m'sia
Quote Belibis 8-1-2023 08:57 AM
Asalkan berlaki. .alamakkk,ingatkan kat malaysia..[em:22:]
Quote Travelo 8-1-2023 10:51 AM
macam dejavu aje...last year ada kes sama?
Quote kumurkumur 8-1-2023 03:31 PM
brego replied at 7-1-2023 11:56 AM
haaa kes ni, aku perasan mat saleh komen kat youtube.

PUNCA nya, bini dia nak ceraikan laki dia.

sana laki tak bleh ceraikan isteri ke?

Quote Supersirap 8-1-2023 05:29 PM
Alahai, cantik-cantik anak dia
Quote kepompong 8-1-2023 10:48 PM
Decaffeinated replied at 7-1-2023 01:53 PM
Omputih anak sampai 5 ni rare. Jantan ni memang dah ada tanda2 tak betul dari awal.

So acik2 melayu ...

area utah kebykan mormon… usahkan anak ramai , isteri ramai pun biasa je
Quote ultra78 8-1-2023 11:42 PM
Kesian sungguh anak-anak dia. Tak bersalah langsung
Quote missyL 9-1-2023 02:39 AM
Mcm kes yg bunuh 2 anak bini pregnant tu. Lupe lak name die
Tu pn bini cm nk mintak cerai

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.133548 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top