SEPANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di sini pagi tadi. Difahamkan, pelajar itu kini di rawat di Zon Merah, Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal serta masih tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, pelajar berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu dan menurut saksi dia melihat mangsa berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.
“Kami juga dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar itu dilaporkan pernah mengalami kemurungan ketika berada di sekolah. Pelajar itu juga dikatakan pernah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling dari pihak sekolah. “Malah, dia juga pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Serdang kerana memakan ubat panadol sebanyak 38 biji,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, salah seorang saksi yang ditemui mendedahkan pelajar itu pernah menceritakan kepadanya mengenai tindakan menelan 38 biji Panadol dan pernah mencalarkan tangan di dalam kelas dengan menggunakan pisau pemotong kertas. – CARI Sumber: Kosmo
|
she replied at 6-1-2023 05:26 PM
Kenapa dekkk
Masalah parents toxic kah?
pooh~key replied at 6-1-2023 05:56 PM
Sebenarnya culprit terbesar yang ummah tak sedar adalah processed gula sister. Makanan kita pulak se ...
ADVERTISEMENT