Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman TikTok yang memaparkan pelakon Sari Yanti sedang menunggu suami tercintanya, Jep Sepahtu pulang ke rumah.
Menerusi hantaran tersebut, Jep yang keluar dari kereta tersenyum sipu apabila melihat Sari menunggu ketibaannya dan terus memberi bungkusan makanan kepada isterinya. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah sikap prihatin Jep yang sentiasa mengingati isteri dan anak-anaknya di rumah walaupun sibuk bekerja. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pelawak tersebut dan turut kagum dengannya. Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mendoakan agar dirinya itu dimurahkan rezeki memandangkan sentiasa mengingat dan membahagiakan isteri dan anak-anaknya.
“Mewah rezekinya, balik rumah bawa makanan buat anak dan isterinya. “Senang je konsep dia bahagiakan isteri dan jangan sakitkan hati dia. InsyaAllah segala urusan dipermudahkan. “Lancar dan murah rezeki kepada mereka yang membahagiakan isteri.
|
alesandra replied at 6-1-2023 05:36 PM
Anak dia dgn jep berapa? ramai anak dia.semoga dipermudahkan
ellZack replied at 6-1-2023 05:48 PM
Tiga. Start dengan yang perempuan tu.
ADVERTISEMENT