Reen Rahim sudah bergelar isteri kepada Hazim Zainal beberapa minggu lalu dan kini sering tampil berkongsi momen bersama suami tercintanya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram apabila dia sedang ‘miming’ lagu hindustan di dalam kereta.
Menerusi hantaran tersebut, Hazim melayan karenah Reen sepanjang lagu Hindustan itu dimainkan dan turut ikut ‘miming’ dan menari sekali dengannya. “Kau rasa sebenarnya Umi makin tenang ke makin pening aku dah kahwin. Dia macam ada satu lagi yang akan peningkan dia. Good luck mother,” tulisnya di ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini.
|
ADVERTISEMENT