CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Main-main Kalau Ada Asma...

14-9-2015 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8053| Komen: 16



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://img.webmd.com/


Jangan ambil mudah soal kesihatan terutama jika anda menghidap asma atau lelah. 
 
Tinjauan yang dijalankan oleh Realise Asia mendapati sembilan daripada 10 penghidap asma percaya penyakit mereka dapat dikawal di sebalik gejala yang berterusan dan serangan asma. 
 
Hasil tinjauan yang ditaja Mundipharma Pharmaceuticals menunjukkan bahawa 93 peratus daripada 151 responden Malaysia tidak menganggap penyakit asma mereka itu serius. 
 
Sementara itu, 79 peratus pula percaya mereka boleh mengawal penyakit mereka tanpa bantuan doktor dan separuh daripada responden memberitahu mereka tidak seronok menggunakan alat sedutan atau "inhaler." 

 

sumber foto : http://img.webmd.com/


Sebagai tambahan kepada hasil tinjauan itu, 41 peratus tidak merasa penting untuk mengambil ubat secara kerap memandangkan mereka tidak mengalami gejala atau serangan asma. 
 
Bagaimanapun, di sebalik tanggapan positif responden, 92 peratus daripada mereka masih mengalami pelbagai gejala yang membimbangkan termasuk sesak nafas, batuk dan sakit dada. 
 
Seramai 62 peratus mengalami masalah susah tidur akibat gejala asma yang berlaku pada waktu malam yang memerlukan rawatan dan 40 peratus memerlukan rawatan kecemasan di hospital. 
 

sumber foto : http://umm.edu/


Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik. Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk. 
 
Ciri utama penyakit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas. 
 
Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. 
 

Tidak seperti penyakit alahan seperti rinitis dan ekzema, asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar. 

 

sumber foto : https://upload.wikimedia.org/


Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. 
 
Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal. 
 
Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal. 

sumber foto : http://www.ser4kids.com/


Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia. 
 
Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat. 
 
Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan.
 
Alat sedutan pengawal biasanya digunakan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara. 
 

sumber foto : http://cdn2.curejoy.com/


Sementara itu, alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi. 
 
Keadaan sekeliling yang kering ketika musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara. 

Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas. 

Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda seperti yang berlaku di rantau ini sekarang. 

Jangan buat rawatan sendiri tanpa berjumpa doktor. Dapatkan ubat pelega atau pengawal daripada doktor dan elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain yang menghidap penyakit sama. Ini kerana lain orang, lain keperluan rawatannya. - CARI Infonet

14

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fly_in_d_sky 25-12-2009 01:36 PM
xleh hilang tp terkawal
kurangkan minum sejuk
makanan berjeruk
try enjoy pe korg wat - keje especially
kalau stress ... ada kemungkinan leh kene asma
jgn merokok
ada setengah pesakit asma adalah perokok
so dunno la wat masa skrg nie ok jer x de sakit
tp da tua esok ... pandai2 la pk sendiri

kalau nak mkn ubat tradisional tu leh tp make sure ia nya seswai
n dptkan nasihat dr doktor

per2 pun inhaler jgn lupa
bwk kemana saje
Quote bungarose 25-12-2009 01:53 PM
sy elergik habuk.. mmg susah skit kalau kat tempat yg berabuk..
bile pegi rumah sesape yg berabuk tu.. mesti bersin2 ..hehe.. taw le sy tempat tu xbersih..
Quote Asrul86_SNE 25-12-2009 02:09 PM
i bleh tlg u...i cadangkan u mkn sne kapsul..member sy dh pulih asma dia..dia ckp mkn produk ni...u  try ok..smoga cpt sembuh
Quote bungarose 25-12-2009 02:17 PM
4# Asrul86_SNE
bleh asrul.. share la.. mane taw berkesan..
Quote kroit92 25-12-2009 02:55 PM
kalau asma, baca Al-Quran dengan kerap..
Quote AnitaSabrina 25-12-2009 11:29 PM
Dah ada thread asthma.  Cuba search.  Ada banyak info kat situ.  Tak kuasa nak re-type.  
Quote fatamorgana40 31-1-2010 01:45 AM
I syorkan u call & make appoinment dengan Dr Luqman di 014 6332307. Dia ni pengamal herba ayurveda & homeopathy. Klinik dia kat SUMMIT, Subang Jaya.  Kalau u atau keluarga u mengidap penyakit spt kencing manis, tekanan darah tinggi, stroke, rambut gugur, lumpuh, asma, batu karang, resdung, kanser (apa-apa kanser pun), sakit kulit, gout, sawan, migrane, sakit belakang, tiada zuriat, kolestrol tinggi, masalah tenaga batin (lelaki) dan lain-lain penyakit pun insya allah dia boleh rawat. Kalau badan rasa dah berat (gemuk la tu) pun boleh juga sbb dia ada herb untuk pecah lemak & bagi body slim semula. Apa2 pun sebagai manusia kita cuba ok. Klu u bergantung kat ubat hospital tak memulihkan pun tapi akan dtg penyakit lain. Ubat2 dr Lukman ni berasaskan ferba jadi tak perlu bimbang. Dia akan membalancekan apa yg tak balance dalam tubuh u. So dengan cara tu penyakit u akan cure. Insyaallah.
Quote puteribonda 1-2-2010 05:16 PM
Post Last Edit by puteribonda at 1-2-2010 17:18

bunga cuba produk HPA.....

sbb cousin dok amalkan,alhamdulillah dh xdak penat2 n semput2....

Morin-A @ Morinda (Herba Asma & Lelah) + Habbatussauda’ Softgel

nak tgk byk lg produk, layari ni....
http://duniaherbahpa.com/

dan xyah la amalkan benda alah nih... ventolin inhaler..sbb dia lg menyemputkan....
jd cm ketagih plak...
Quote sudutgamat 1-2-2010 08:44 PM
ambik herba pankaja kasthuri.....pasti berkesan.
Quote zairi 2-2-2010 09:15 AM
1# bungarose

Slm,

Suami saya mengidap asma dari kecik lg, about 30yrs now. Since tat dia dh kn guna inhaler, Axtra Powder inhaler till las year. Skrg dh stop due to inhaler yg biasa dia guna tu dh discontinued. Tp doc rekomen dia try sembicourt (sori if salah spell), ni combine 2 kinds of haler rasanya. Tp dia tak amek coz takut tak sesuai. So he decided amek ventolin (bila perlu) n daily consume, spirulina. ALhamdulillah attack dh kurang compare last few months. So thanks to spirulina coz mmg membantu prob hubby saya. Syukur
Quote norbaya 2-2-2010 02:34 PM
asthma ni dah jadi semakin biasa berlaku pada org zaman sekarang

mungkin sebab kualiti air yg kurang dan pencemaran udara..tambahan lagi dengan bahan makanan sekarang yg cara penanamannya terlalu bergantung pada racun serangga dan bahan kimia

cara paling asas..pastikan penggunaan air ialah air bersih..guna water filter atau water treatment

elakkan pasang aircon dirumah..kalau bolah pasang ekzos fan untuk menyedut habuk dalam rumah supaya dapat dibuang keluar

makan madu dan elakkan minum ais/air berkarbonat

guna cecair pencuci beras, sayur sayuran, daging, ikan ayam buah utk membuang sisa-sia bahan kimia dan racun serangga pada bahan mentah

tidur secukupnya

exercise, jogging, jalan cepat utk merangsang pergerakkan paru-paru dan jantung
Quote 965 4-2-2010 12:14 PM
1# bungarose


boleh bagi tau x u asma sudah brp lama ni?
Quote Adzhar 21-4-2010 08:34 AM
Dapatkan penawar Khusus Lelah - dr sumber semulajadi

Walaupun kajian / perawatan perubatan moden kini terdapat pelbagai cara dan ubat - ubatan , kami disini ingin
berkongsi salah satu rawatan alternatif yang efektif tanpa sebarang kimia , sumber semulajadi , tanpa kesan jangka
masa panjang dan terbukti dapat melegakan / meminimakan / mengelakkan serangan Asthma / Lelah kepada anda
dengan masa singkat . Dalam kajian / testimoni yang kami perolehi setelah memasarkan produk ini , hampir 90 %
pengguna berpuas hati dengan kesan yang diperolehi setelah mengikut prosedur / syarat - syarat yang kami
telah tetapkan .

Cara mengunakannya ( Wajib dilakukan oleh Pesakit ) :-
- Perlu dipanaskan dahulu dengan menggunakan sudu/piring besi( 2 - 5ml ) bersama pemetik api pada suhu
suam-suam kuku/suam.
( Peringatan : Jika tidak dipanaskan kesan penyembuhan tiada langsung dan ini adalah amat merugikan anda )
- Sapu dan ratakan dari bawah dagu hingga ke leher/tengkuk dan sampai ke paru-paru/seluruh dada .
- Peringkat permulaan perlu disapu 2x sehari selama 2 minggu berturut-turut.
- Selepas lega ( bernafas dengan puas ) bolehlah diamalkan cuma 1x setiap 2 hari .

Kesan penggunaannya :-
- Pada peringkat permulaan ( 3 hari pertama ) mungkin telah terdapat kesan penyembuhan , terus mengguna .
- Pesakit akan mengeluarkan kahak(lendir) setiap masa sehingga berkurangan.
- Kahak(lendir) bersifat elastik(bergetah) akan keluar selepas 1-2 minggu penggunaan.
- Selepas 1-2 minggu pesakit akan berasa lapang di dada dan mampu bernafas dengan puas.

Pak Syeikh`s Asthma Therapuetics Oil
Mobile : 013 3622787
Web: www.asthmalelah.blogspot.com
Quote mata_bulat 23-4-2010 10:40 AM
Yang ada masalah asthma kauorg cubalah makan yg ni dulu teman masalah asthma juga pakai inhler.......hari tu pakai produk ni sajalah nak slimkan badan tapi tak sangka astham pun dah ok sekarang........ingat teman jer mcm tu rupanya kawan teman pun sama juga dari kecil dah asthma inhelar tu bawak merata2 la ni dia pun dah tak pakai juga.........memang best cubalah amalkan sekali.........tak cuba mana nak tahu dulu teman pun liat juga pasal kesihatan ni tapi fokus turun berat badan jer.........banyak kelebihan lain lagi.  8 hari amalkan pun dah mula nampak perubahan.......tenaga memang luar biasa tak semput kalau aktif sukan pon.

http://www.lailabeauty.com/index ... -menguruskan-badan.
Quote farahe 7-5-2015 03:46 PM
ha one of my fren pernah kena sakit asma ni teruk jugak la.. Bermacam-macam ubat dah dia cuba pon susah nak baik. At last lepas die dapat info dari pakciknya tentang rawatan akupuntur dan herba di KL kalo x silap nama pusat tu The Tole Acupuncture, semputnya semakin berkurangan dan seterusnya. Last edited by farahe on 7-5-2015 03:54 PM

Quote cikcikebom 18-8-2016 02:24 PM
tq for info

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.242360 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top