CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Bangladesh Bunuh Pesakit Mental Di Pusat Psikiatrik

6-1-2023 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1051| Komen: 6

Seorang tukang masak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membunuh seorang pesakit mental di sebuah pusat psikiatrik bulan lalu.

Mohammad Abdul Alim, 33, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mohammad Abdul Alim didakwa membunuh seorang pesakit mental di sebuah pusat psikiatrik bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohammad membunuh Leong Kam Ming, 53, di rumah Psychiatric Homecare Service Sdn Bhd di Rawang, antara jam 6 hingga 6.30 petang pada 24 Disember lalu.


Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, Mohammad didakwa memasuki dan berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah di pusat sama, jam 2.23 pagi pada 27 Disember lalu.

Tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan terhadap kesalahan berkenaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua–duanya dan sebatan tidak lebih enam kali.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri, memohon tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak diikat jamin sebelum ia dibenarkan oleh hakim.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan semula kes.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-1-2023 05:34 PM
Mengapa kah kau membunuh apek.tu?
Quote Skuau 6-1-2023 05:39 PM
bangla membunuh.
rohingya mencabul.
Quote pooh~key 6-1-2023 05:53 PM
Cinta daddy bertepuk sebelah tangan ke tu dekkkk?
Quote prince_marhaen 6-1-2023 06:14 PM
Adakah diupah waris si mati? Insurans? jeng jeng jeng.....
Quote gideoncross 6-1-2023 09:37 PM
Bangla & Cainis, lantak korg
Quote sharlenetexas 6-1-2023 09:41 PM
Oh ini homecare swasta punya.

Kawan iols cite heshe dua bulan kat wad psikiatri. Duk kat dalam cell. Pandai2lah nak berak kencing. Kepala kena karen electroconvulsive therapy ke apa tah. Gerun dengar.


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074186 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top