CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Bomba Sakit Dada Dilanggar Ketika Beri Rawatan Awal Mangsa Kemalangan

6-1-2023 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 985| Komen: 5

Seorang anggota bomba cedera selepas kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dilanggar kenderaan lain ketika melakukan rawatan awal mangsa kemalangan di Kilometer 244.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, awal pagi pada Jumaat.


Dalam kemalangan kira-kira jam 4 pagi itu, anggota terbabit cedera di kaki dan sakit pada bahagian dada.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, selain anggota terbabit, empat termasuk pemandu dan penumpang kenderaan lain turut dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.


Keadaan lokasi kemalangan melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah kenderaan EMRS bomba di Kilometer 244.1 LPT1 di sini, awal pagi pada Jumaat.


Menurutnya, kenderaan EMRS bersama tiga anggota itu ke lokasi kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta jenis Proton Saga yang mengakibatkan kedua-dua pemandunya cedera.

"Ketika anggota terlibat sedang melakukan rawatan awal mangsa yang cedera, sebuah kereta lain (Perodua Viva) dan sebuah lori jenis satu tan nyaris melanggar kereta Proton Saga terlibat kemalangan yang masih berada di tengah jalan.

"Tidak lama kemudian, sebuah kereta jenis Kia Sorento dinaiki dua individu tiba ke lokasi itu sebelum merempuh Proton Saga hingga berpusing merempuh lori dan kederaan EMRS bomba yang berada di tepi lebuh raya," katanya.

Ismail berkata, akibat rempuhan itu, seorang anggota bomba yang berada dalam kenderaan EMRS tercampak dan mengalami kecederaan manakala dua lagi anggota selamat.

"Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

"Mangsa yang cedera diberi bantuan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk rawatan lanjut.

"Jentera EMRS bomba ditunda ke plaza tol terdekat sebelum diserahkan kepada Bahagian Kejuruteraan Bomba untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-1-2023 05:52 PM
Gelap gila jalan
Mmg kereta2 lain tak expect la.ada eksiden atau orang2 dok tolong situ..
Quote Skuau 6-1-2023 05:59 PM
aku nengok citer omputeh..polis kena ada kt 'kwsn kmlngan'...tuk kawal lalulintas kt situ...tuk elak mende camni...kita???????
Quote hareeeesah 6-1-2023 10:41 PM
Gelap gelita kalau time xde kereta lain.. ada ke yg nak slow kat lpt tu?
Quote Kurex 6-1-2023 10:47 PM
Alolololo.. biar kurex urut dada abg. sian abg bomba
Quote airfilterkotor 6-1-2023 11:24 PM
Lampu liplap² EMRS dan Bomba tepi jalan punya la silau dari jauh pun boleh nampak....

Pemandu Viva, lori dan Kia tu memandu secara mamai mengelamun ke hape.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.155177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top