CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beranak Kebulur Di Highway, Terharu Makanan Sampai Melimpah-Ruah Lepas Minta Bantuan Di TikTok

6-1-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2972| Komen: 23

Seorang wanita terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang membantunya bersama suami dan anak yang tersadai di Lebuhraya Utara-Selatan kerana treler dinaiki mereka rosak.


Melalui satu video tular di TikTok, Halimatun Saadiah, 26, sedang menuju ke Johor dari rumah mereka di Sungai Petani, Kedah untuk menemani suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu treler.


TikTok/mStar

"Untuk perjalanan tu suami pinjam treler kepunyaan kawan dia.

"Treler kawan dia punya tu brand new dan akan digunakan kalau perjalanan jauh macam kami nak ke Johor hari tu. Treler suami agak lama dan kami tak berani nak guna kalau long distance.


mStar

"Nak dijadikan cerita, treler kawan suami tu tiba-tiba rosak apabila dekat highway di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

"Rosak sebab bearing pecah," kata Halimatun atau lebih senang disapa sebagai Achu ketika dihubungi mStar.



Kerosakan treler yang dinaiki Achu sekeluarga diburukkan lagi dengan kebanyakan bengkel ditutup dan para mekanik sedang bercuti kerana sambutan Hari Natal.

"Kejadian berlaku pada 25 Disember lalu, hari public holiday untuk Krismas. Mekanik ramai cuti. Mekanik daripada company suami ada tapi barang ganti pula tiada.

"Nak order memang tak dapat sempat sebab tengah cuti. Jadi kena tunggu boss bawa spare part, itu yang makan masa.



"Treler rosak dalam pukul 3 pagi macam tu, selesai repair semua dan boleh bergerak semula pukul 10 malam keesokan harinya. Hampir seharian kami dekat tepi lebuh raya," cerita Achu mengenai insiden pada hari itu yang cukup memenatkan.

Keadaan sedia merunsingkan itu menjadi lebih parah apabila Achu sekeluarga tidak mempunyai bekalan makanan untuk mengharungi penantian yang sungguh lama.

"Suami beritahu nak guna treler kawan dia tu agak last minute. Tak sempat nak transfer makanan daripada treler kepunyaan suami.

"Kebiasaannya kalau bergerak naik treler, memang kami akan prepare makanan macam mi segera dan roti untuk anak. Jadi apabila naik treler kawan suami tu, bekalan makanan kami memang kosong.

"Ditambah pula dengan treler rosak tepi jalan hampir dekat 19 jam, kami memang tak ada makanan, kelaparan dan hampir kebuluran," ujar Achu menggambarkan keadaan yang terdesak itu.

Ketika situasi menghimpit dan hati yang berat melihat anak kelaparan, Achu beralih kepada kuasa viral di media sosial untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berhati mulia.


TikTok/mStar

"Saya tak pandai sangat nak order makanan dekat Grab dan saya pun tak rasa rider boleh datang ke treler kami yang betul-betul tepi highway ni.

"Saya pun minta bantuan dekat TikTok, saya tak tahu yang dia akan blow up, saya cuba nasib je.

"Sekali memang 'meletup', orang semua datang dan makanan yang kami dapat lepas tu memang tak terkata banyaknya," kata Achu terharu dengan kemurahan hati orang ramai.

Daripada ketiadaan makanan sehingga menjadi syurga makanan, sejak pagi sehingga lewat petang Achu sekeluarga menerima bantuan daripada orang awam.



"Mula-mula sekitar pukul 8 pagi mekanik datang bawa roti canai dan kami pun makan sekali. Kami dah beritahu mekanik tu siap-siap untuk bawa makanan sebab kami lapar.

"Nak betulkan bearing tu memang makan masa. Tengah hari ada orang dekat TikTok offer nak hantar makanan, saya cakap okay dan saya beritahu yang saya akan bayar dia.

"Lepas tu bukan seorang je yang datang, kalau seingat saya, kami dapat dekat 10 jenis makanan. Saya sampai kena cakap stop dekat TikTok sebab takut makanan berlebihan nanti membazir pula.

"Berbungkus-bungkus makanan kami ada dalam treler waktu tu. Sampai ada orang hantar nasi kenduri katering dekat kami. Ada juga yang hantar coklat dan manisan khas untuk anak saya," katanya.

Kata Achu dia sekeluarga begitu terharu dengan keprihatinan orang ramai tatkala mereka dalam kesusahan.

"Saya rasa terharu sangat sebab yang datang tolong kami tu bukan orang yang kami kenal pun dan kebanyakan mereka merupakan anak muda.

"Walaupun kami tak ada apa-apa hubungan tapi mereka masih sudi datang bantu kami. Yang datang bagi makanan tu pun budak-budak motosikal.

"Jadi jangan pandang rendah dekat mereka," kata Achu berbesar hati dengan kebaikan yang diterimanya.



Achu memaklumkan petugas lebuh raya juga datang untuk melihat keadaan mereka tetapi tidak mempunyai barang ganti treler yang diperlukan untuk membantu.

Sementara menunggu masa berlalu, Achu dan anaknya berehat di dalam kabin yang terletak di bahagian belakang treler.

"Saya dan anak duduk dekat kabin belakang yang ada tilam, bantal dan selimut. Memang selesa tidur," kata Achu mengakhiri bicara.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-1-2023 04:41 PM
company mana yang allow driver bawak anak bini pi kerja?
Quote emera 6-1-2023 04:44 PM
Staff PLUS tak tolong langsung ke?
Quote miracle_forever 6-1-2023 05:00 PM
ni work trip ke holiday? dia guna trailer ni mcm RV ke? peliknya
Quote alieyrina 6-1-2023 05:04 PM
Susah aku nak pecaya
Quote Minami2013 6-1-2023 05:10 PM
Edited by Minami2013 at 6-1-2023 09:11 AM

Org malaysia or specifically melayu mmg pemurah bab makan. Kalo tgk socmed, public figure semua tu kalo berjalan ade je yg hantar makanan kat hotel la. Padahal public figure tu kaya raya jutawan. Cth mcm tok ri... tak paham motif..
Quote cikatilia 6-1-2023 05:27 PM
Minami2013:    Edited by Minami2013 at 6-1-2023 09:11 AM  Org malaysia or specifically melayu mmg pemurah bab makan. Kalo tgk socmed, public figure semua tu kalo b ...


dgn harapan makanan dijamah direview dek tokri
kalau dah dpt sampai dekat 30 jenis food idoknya org tua tu makan kan
silap2 dia bagi kat staff hotel.

kalau bagi food tu semua dekat anak yatim ke.. gelandangan ke.. asnaf ke. budak2 sekolah pon lagi baguih la.
Quote shernazz 6-1-2023 05:31 PM
Skang sumber semua dari tiktok
Quote jazaa100 6-1-2023 05:58 PM
miracle_forever replied at 6-1-2023 05:00 PM
ni work trip ke holiday? dia guna trailer ni mcm RV ke? peliknya

Memang treler ada tempat tido....
Sbb tu wife selalu ikut....
Quote Belibis 6-1-2023 06:11 PM
jazaa100 replied at 6-1-2023 05:58 PM
Memang treler ada tempat tido....
Sbb tu wife selalu ikut....

Kalau bini tak ikut...laki bawak ' bini' lain pulakkkk..akal driver treler lagi panjang pada ekor treler.
Quote matamata 6-1-2023 06:17 PM
mmg dah jadi kebiasaan pun bini ikut
Yg lori 3 tan pun ramai jugak... Biasannya long distance la
Quote krustykrab 6-1-2023 06:29 PM
prettyuglybabe replied at 6-1-2023 04:41 PM
company mana yang allow driver bawak anak bini pi kerja?

Ada je kdg² diorg bawak teman..kdg kalau kna pi tmpt tersorok, ada stgh lelaki ni penakut hantu, so bwk la family teman
Quote Kitty_catz 6-1-2023 07:22 PM
org mesia sememangnya pemurahhhh

dats y salu kena scam kadang,..
Quote kotakominami 6-1-2023 07:23 PM
Saye respek akak sanggup teman suami naik treler buat long distance....saya dh penah g sekali g amik excavater....huhu tak mau ikot lg....sakit belakang..
Quote renko 6-1-2023 08:54 PM
So pastu dia bayar tak
Quote gideoncross 6-1-2023 09:18 PM

Aiol plak mlas nak bca smpai hbis, pnjng sngt.
Quote gideoncross 6-1-2023 09:19 PM
shernazz replied at 6-1-2023 05:31 PM
Skang sumber semua dari tiktok

Pstu yg upload plak rata2 khwin muda haha.
Quote orkid_amani 7-1-2023 04:14 AM
Serious la gerak jauh2 dgn ank xbawak apa Jajan? Aii yg balik kampung sekangkang kera pun bawak Jajan mcm2 + 2liter air masak. Tu pun ada spare extra air lg takut sangkut jem ank nk terkencing @ tandas xdak air..
Quote nononcrux 7-1-2023 10:00 AM
prettyuglybabe replied at 6-1-2023 04:41 PM
company mana yang allow driver bawak anak bini pi kerja?

YTYJ hahah.. biasanya mmg mcm tu la, bwk ank bini g kerja sambil selam minum air trip berjalan sekali..
yng bini ikut ni ade yg takut laki bawak janda.. hmm mcm-mcm, risiko mcm ni la kalau kerja bwk trailer..
mana taknya gaji bukan siket mau 8k-10k up.. semua tu atas risiko sndri company tak nak tahu pon kerja bwk siapa yng penting brg sampi ke destinasi dlm keadaan baik..
Quote bakingsoda 7-1-2023 10:34 AM
harap makanan banyak2 tu dihabiskan la

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.086037 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top