CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Masih Isteri Pertama, Bawa Anak-Anak Ke Sana Sini Tanpa Izin Fikirlah Sendiri!" Syamsul Yusof Suruh Puteri Sarah Cepat Balik

6-1-2023 04:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 29479| Komen: 453|Original author: Saiful

Syamsul Yusof akhirnya mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebenar tadi.


Tidak menyatakan lokasi pernikahan, akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Foto: Berita Harian

"Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.

"Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah," katanya.



Syamsul mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangannya.

"Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.

"Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.

"Saya bernikah secara sah dengan Ira, tetapi bukan di Thailand seperti heboh diperkatakan. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.

"Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah," katanya menerusi video berkenaan.

Foto: Berita Harian

Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.

"Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

"Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

"Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.

"Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.

"Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah," katanya.



Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

"Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

"Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

"Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan," katanya.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 6-1-2023 04:22 PM
Jantan tak guna..dah berapa lama kau biarkan PS, lepas nikah hari ni terus kau nak ugut PS?
Quote Nnasda53 6-1-2023 04:27 PM
Dah nikah baru mmg la boleh ckap mcm ni sol.
Sbb birah tu dah jadi isteri sah dan mmg tak salah pun ko boleh nikah lebih
So skrg ni mmg kalau naik mahkamah ko boleh bg alasan bini yg keluar rumah.
Quote miss_strangers 6-1-2023 04:28 PM
Tolongla mana2 pempuan cantik n penggoda tolong goda sol ni cepat...bagi sol nikah sampai 4.
Quote OsHiN_hOnEy 6-1-2023 04:30 PM
Nnasda53 replied at 6-1-2023 04:27 PM
Dah nikah baru mmg la boleh ckap mcm ni sol.
Sbb birah tu dah jadi isteri sah dan mmg tak salah pun  ...

itu lar yg pentingnya
calculated risk
but tak rasa lar dia nak apa2kan ps tu
dia jantan ego
tapi rasa mcm dia sayang jer dgn ps tu
ik tu sebab dia kesian kena cerca
mcm dulu dia lindungi ps dari ammar bangla
gitu lar yg dia buat dgn si ik ni
Quote rosedemon 6-1-2023 04:31 PM
miss_strangers: Tolongla mana2 pempuan cantik n penggoda tolong goda sol ni cepat...bagi sol nikah sampai 4.


pompuan cantek apoo. ira ni cantik keee,tapi sol tetaplah melekat. kihkih. jadi pmpuan tak cantik pon ada peluang nak sailang sol yach

Quote markonahlah 6-1-2023 04:32 PM
Tunggu 1-2 tahun lagi ni untuk Ira Kazar dapat madu lak
Quote nononcrux 6-1-2023 04:35 PM
sakit takde sape tahu.. semoga Puteri sarah kuat teruskan hidup dgn istiqamah
Quote lightheaded67 6-1-2023 04:36 PM
omggggg so dh habes kah sagasol innih??
Quote SherryZass 6-1-2023 04:36 PM
"Saya bernikah secara sah dengan Ira, tetapi bukan di Thailand seperti heboh diperkatakan. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.

Betul lah cakap dia ni takleh dipercaya. Kat video kata telen, tiberrr kau kata bukan telen pulak.
Quote watymuchaz 6-1-2023 04:37 PM
I rasa sbb ps provoke sangat sol ni. Sbb tu dia nekad je nikah si ira ni.
Quote Nnasda53 6-1-2023 04:37 PM
OsHiN_hOnEy replied at 6-1-2023 04:30 PM
itu lar yg pentingnya
calculated risk
but tak rasa lar dia nak apa2kan ps tu

Kemungkinan juga tu.Sol ni lelaki ego.
Iols pun tak rasa dia nak apa2 kan ps.
Maybe sayang tu ada tapi tengok juga la pada reaksi ps mcm mana.

Bagi iols ps la kena bijak jika nak bawa ke mahkamah samada dia still sbg first wife atau sebaliknya.
Jgn sampai laki guna perintah taat dan halang ps dari keluar sebarang aib di socmed.
Harap ps bijak.
Quote Nnasda53 6-1-2023 04:38 PM
SherryZass replied at 6-1-2023 04:36 PM
Betul lah cakap dia ni takleh dipercaya. Kat video kata telen, tiberrr kau kata bukan telen pulak.  ...

Mungkin dia rasa telen dgn siam beza.
Quote tom2 6-1-2023 04:39 PM
Ini ke titik noktahnya? Dengan bernikah dengan ik? Hurm sedih pulak ps tu. Pandai2 la buat keputusan dalam perkahwinan. Doa yg terbaik je la
Quote sofea86 6-1-2023 04:40 PM
markonahlah replied at 6-1-2023 04:32 PM
Tunggu 1-2 tahun lagi ni untuk Ira Kazar dapat madu lak

Harap makbul ka apa you cakap ni
Quote pinkpunk 6-1-2023 04:40 PM
tggu lah lepas ni no 3 plakkkk.
Quote awexgaban7 6-1-2023 04:40 PM
Maap laaa…. Mata aku tak nampak lawa/manis lnsg si IK ni…. Elok laa SY IK ampa p jahanammm.. kesian PS terhadap hadap saiko 2 ekoq ni…
Quote bynroslan 6-1-2023 04:40 PM
Aku rasa dalam ig sebelum pergi Tokyo lagi PS dah announce. Kenapa masa tu kau tak halang dia pergi kalau dia pergi tak mintak izin? Ke kau bluetickkan aje whatsapp bini?
Quote JunkMail 6-1-2023 04:42 PM
Tibe pulak ungkit bini pertama tak minta izin .. kau tu minta izin beliau tak nak menikah kali kedua?
Quote emera 6-1-2023 04:42 PM
Kau ingat kau tu husband, kau boleh buat sesuka hati? Kau tu yg patut cermin diri sendiri. Aku doakan kau merempat.

Lihat semua komen(453)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082095 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top