Oleh : Dean BZ
Orang Melayu zaman dahulu sememangnya tinggi daya "tilikan" dan dapat membaca perilaku serta personaliti seseorang lelaki hanya melalui anggota badan. Ia dipraktikkan dalam pergaulan untuk mengenal serba sedikit personaliti seseorang sebelum meneruskan hubungan. Namun, ada cara-cara lebih terperinci perlu dipelajari kerana tips dibawah ini hanyalah "basic" untuk mengenal personaliti seseorang.
Kulit Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .Warna kulit yang sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah .Selain dari itu melambangkan kelakuannya baik. Rambut Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kepala Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya Dahi Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah. Mata Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Hidung Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang. Bibir Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram. Gigi Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur. Dagu Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya . Suara Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak. Mulut Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya. Telinga Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Bahu Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak. Belakang Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana. Leher Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah. Dada Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat. Lidah Lidah yang panjang tanda fasih bertutur. Lengan Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat. Tapak tangan Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal. Jari Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman. Perut Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat. Pinggang Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur. Betis Betis yang sederhana tanda sihat. Kaki Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh. Tumit Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat. Langkah Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan mempercayai seratus peratus tips di atas kerana mungkin ada yang benar atau hanya kebetulan. - CARI Infonet. Sumber : qaryafikir.wordpress.com |
16
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT