Perakam video tular menunjukkan tiga lelaki menaiki kereta lembu di Jalan Besar, Seri Kembangan dekat Selangor pada Khamis mendapat perhatian ramai.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan mengesahkan rakaman itu berkata, aktiviti tersebut merupakan latihan baginya untuk perarakan sempena Thaipusam yang bermula Februari ini. Jalas Anbalagan, pemilik kereta lembu tersebut juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan dan menceritakan kejadian itu pada Khamis. “Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya. Sementara itu, perakam video berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Azrul Radi berkata, kejadian tersebut dirakam pada pukul 6 petang Isnin.
"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat beli belah South City Plaza ke Cheras. Keadaan jalan raya pada waktu itu juga agak lengang kerana cuti umum sempena tahun baru. "Saya tiada niat buruk pun masa rakam, ambil video untuk kenangan sahaja kerana teruja. Mengimbau kenangan lama ketika berada di kampung," katanya pada Majoriti. FB Majoriti Menurut Azrul lagi, keberadaan kereta lembu berkenaan di jalan raya juga dilihat tidak berbahaya pada pengguna jalan raya yang lain. "Kereta lembu tersebut dipandu dengan berhemah dan berada di lorong sebelah kiri. "Saya tak sangka pula video berkenaan akan menjadi menjadi viral (tular) sekali gus mengundang perasaan kurang senang sesetengan pihak," katanya lagi. Sumber: Majoriti
|
"Kereta lembu tersebut dipandu dengan berhemah dan berada di lorong sebelah kiri.
ally9970 replied at 9-1-2023 08:55 AM
apa masalahnya dia rakam video tu? Netizen marah ke?
ADVERTISEMENT