Perkongsian seorang pelayar media sosial mengenai alasan seorang rakan sekerjanya yang mengambil cuti, benar-benar 'luar biasa'. "OMG a Gen Z colleague of mine just texted to say he is taking the day off cos he fought with his GF last night and needs some 'time to heal. (Oh Tuhan, seorang rakan sekerja Gen Z baru sahaja menghantar mesej memberitahu dia ambil cuti kerana bergaduh dengan teman wanitanya malam tadi dan memerlukan sedikit 'masa untuk sembuh')," kongsinya dalam satu ciapan di Twitter.
Ciapan tersebut mengundang perhatian netizen dan meraih pelbagai reaksi, dengan rata-ratanya menyindir tindakan rakan sekerja individu berkenaan kerana memberikan alasan yang sangat remeh dan mungkin juga terlalu 'berani'.
"Nak minta AL (cuti tahunan) dengan bos pun takut. Inikan pula nak beri alasan macam ni. "Saya takkan berani buat macam ni kalau malam itu bergaduh macam perang dunia ke-3 dengan suami. "Tunggulah apabila pasukan bola sepak kegemarannya kalah," sindir mereka. Malah sebilangan daripada netizen turut membuat perbandingan kisah masing-masing yang hampir serupa malah jauh lebih teruk, namun masih tidak terlintas mahu mengambil cuti atas alasan mahu 'healing'. "Putus tunang, esoknya datang kerja juga. "Pengalaman sendiri, ditinggalkan pada hari Jumaat, 35 hari sebelum majlis pernikahan, datang kerja macam biasa pada Isnin. "Pernah lalui episod patah hati lama dahulu tapi masih pura-pura mampu bekerja.... tapi yang ini?" demikian antara komen netizen. Namun, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan dan menyifatkan adalah tidak wajar 'pukul rata' apabila ciapan berkenaan dikaitkan dengan Gen Z. Malah ada juga yang mempertahankan tindakan individu berkenaan yang mungkin terpaksa mengambil cuti demi kesihatan mentalnya selepas bergaduh dengan pasangan. "Nampaknya anda mempunyai kesihatan mental yang sangat kuat. Saya harap Tuhan akan menguji mental anda suatu hari nanti atau mungkin keluarga dan anak-anak anda. Harap mereka tidak memerlukan 'masa untuk sembuh' kerana ia sangat tidak profesional, bukan?" komen seorang pelayar. Sekadar maklumat tambahan, Gen Z atau Generasi Z merupakan generasi penerus selepas generasi milenial (Gen Y). Mereka yang dikategorikan dalam Gen Z lahir dalam pada tahun 1995 sehingga tahun 2012, dan sering kali dirujuk sebagai generasi yang terlalu bergantung kepada gajet, mempunyai karakter yang dianggap 'manja' atau jauh berbeza dengan generasi sebelumnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
edayildiz replied at 6-1-2023 02:56 PM
biar lah dia..cuti dia ada lg kan...i pun kalau sedih x g work..kalau emosi tak stabil..gaduh ke ap ...
azimodin replied at 6-1-2023 03:11 PM
Annual leave kena plan. Mana boleh suka2 ambik kecuali benda2 emergency yg xleh elak. Gaduh dengan p ...
brego replied at 6-1-2023 03:04 PM
entah nya, dia ada annual leave,
suka hati dia la nak cuti sebab apa.
Adrif replied at 6-1-2023 03:35 PM
kalau transport rosak, HR mintak resit dari bengkel sebagai bukti EL
bagi orang lain mungkin lec ...
Adrif replied at 6-1-2023 03:35 PM
kalau transport rosak, HR mintak resit dari bengkel sebagai bukti EL
bagi orang lain mungkin lec ...
Adrif replied at 6-1-2023 03:32 PM
yup. tu aku pelik dengan tweet ni, baik benor bos & company dia approve AL last minit
company aku ...
allshares replied at 6-1-2023 10:23 PM
Kalau patah hati, nk minta resit dari siapa as payment utk repair hati ituh?
azimodin replied at 6-1-2023 11:45 PM
Kan.. x professional langsung ambik "AL" mengejut. Dalam team aku pon sama, nak EL no hal tapi ken ...
edayildiz replied at 6-1-2023 09:35 PM
bln lps i el tifu keta rosak..
pdhl xde mood nk g kerja
ADVERTISEMENT