CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM Lancar Preskripsi Ubat Mesra OKU Penglihatan

6-1-2023 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 517| Komen: 1

Kementerian Kesihatan (KKM) memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di negara ini menerusi pengenalan preskripsi atau label ubat dicetak menggunakan tulisan Braille.


Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, buat permulaan, insiatif baharu itu dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU penglihatan.


Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kementerian Kesihatan Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Beliau berkata, inisiatif itu diwujudkan bagi memudahkan OKU penglihatan mendapat maklumat cepat dan tepat mengenai ubat dan preskripsi keatasnya.

“Golongan OKU sentiasa menjadi kumpulan keutamaan bagi KKM. Kita sentiasa memikirkan kaedah baru bagi memudahkan dan membantu rakan-rakan OKU dalam mencapai perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, hari ini.


Katanya, menerusi inisiatif itu, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU penglihatan akan mempunyai tulisan Braille.

Dr. Zaliha berkata, preskripsi atau label ubat itu menjelaskan cara pengambilan atau dos ubat (misalnya dua biji ubat, tiga kali sehari).

Menurutnya, label ini turut mempunyai indikasi ubat yang menerangkan kegunaan ubat (contoh demam, batuk atau selesema).

“Malaysia antara negara terawal di Asia yang memperkenalkan label ubat yang mesra OKU penglihatan. Langkah ini selaras dengan matlamat di bawah Malaysian Patient Safety Goals 2.0 – Medication Safety: Medication without Harm.

“Tahniah kepada Program Perkhidmatan Farmasi atas usaha proaktif dan prihatin dalam memenuhi keperluan OKU penglihatan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 6-1-2023 02:05 PM
bagus inisiatif ni..iolls pn xtpikir psl diorg nk baca prescription

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036201 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top