CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tujuh Tahun Menderita Lebih Sejam, Mulut Membengkak Tersepit Penutup Botol

6-1-2023 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 524| Komen: 0

Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki menderita lebih satu jam selepas bibirnya tersepit penutup botol sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.


Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu pada mulanya dibawa ke sebuah klinik di Jalan Jelatek di sini, sebelum pihak klinik menghubungi JBPM untuk bantuan.

Komander Operasi Mohd Rusdi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 10 pagi.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dikejarkan ke klinik berkenaan.

"Kami dapati bibir kanak-kanak itu tersepit penutup botol dan membengkak.


"Kami menggunakan peralatan khas 'mini grinder' untuk mengeluarkan penutup botol daripada bibir kanak-kanak itu dengan selamat," katanya pada kenyataan.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033581 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top