CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Remaja OKU Kaki Tersepit Jeriji Longkang

6-1-2023 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 511| Komen: 1

Seorang remaja kurang upaya mengalami kecederaan di kaki kiri akibat tersepit pada jeriji longkang di sebuah sekolah di Desa Petaling, di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada jam 9 pagi tadi.


Seorang remaja OKU cedera pada kaki kiri akibat tersepit pada jeriji longkang di sebuah sekolah di Desa Petaling pada Jumaat.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki remaja perempuan berusia 16 tahun berkenaan dengan menggunakan peralatan 'power unit' dengan selamat.

"Pasukan penyelamat mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit," menurut kenyataan pada Jumaat.


PGOKL memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan ringan pada kaki kiri menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 6-1-2023 03:06 PM
Kontraktor kelas-F hanat mana yg buat jeriji penutup longkang jarak jarak macam tu.
Tengok yg kat kaki abam bomba, pastu compare yg kat kaki adek tu.

Kau takkan kaya pun kalau mencurik bahan macam ni.
Spec kurang tapi harga bahan+pasang kekal.
Menipu dalam timbangan namanya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.398036 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top