Tular video menunjukkan beberapa keluarga membakar mayat ahli keluarga mereka di jalanan, lapor Mirror pada Rabu. Perkara itu berlaku ekoran lonjakan mendadak kes Covid-19 di China, malah difahamkan pihak hospital dan tempat pengebumian juga dikatakan tidak dapat menampung bilangan pesakit tersebut.
Peningkatan kes Covid-19 di China tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan global apabila ia diramal akan mengalami sekitar sejuta kes sehari sekiranya varian baru muncul. Portal itu melaporkan, tahap imuniti rakyat yang rendah juga antara punca kes jangkitan meningkat. Tambahan pula, mereka dipercayai kurang diberi vaksin seperti dilapor media.
Dalam pada itu, kerajaan China dilapor tidak lagi mengeluarkan data (kes jangkitan) walaupun terdapat banyak laporan mengenai lonjakan dan kematian. Berdasarkan rakaman video tular itu, kelihatan mayat bertimbun di hospital dan bilik mayat dalam beberapa minggu lepas. Lebih teruk, pakar kesihatan antarabangsa meramalkan bahawa 2.1 juta kematian akibat Covid-19 akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Susulan peningkatan kes tersebut, bayaran di tempat pembakaran mayat juga dilaporkan meningkat disebabkan permintaan semakin banyak. Disebabkan itu, ada segelintir keluarga yang tidak berkemampuan mengambil keputusan drastik dengan membakar sendiri mayat ahli keluarga mereka di tepi jalan. Sementara itu, Pakar Kesihatan Global Yale, Chen Xi mengatakan bahawa negara yang paling ramai penduduk di dunia akan mempunyai ‘perangkap imuniti’ yang besar. Hal ini termasuk sejumlah besar populasi yang mempunyai tahap imunisasi rendah, seterusnya boleh menghasilkan variasi virus yang lebih membimbangkan. “Ada kemungkinan yang menyebabkan virus itu tidak berkembang,” tambahnya. Sumber: Majoriti
|
sharlenetexas replied at 6-1-2023 04:02 PM
Sedangkan berak tengah jalan pun no hal.
ADVERTISEMENT