Sering memapar kemesraan sejak mengumumkan percintaan mereka, pasangan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) Fuad Rahman dan Tom mencetus spekulasi peminat.
Masakan tidak, kemanjaan mereka seperti pasangan sudah berkahwin. Mesra betul! Malah, tindakan spontan Fuad ketika sesi Live di TikTok membuat peminta lebih penasaran ingin mengetahui status sebenar hubungan mereka. “Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak… suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjat kan,” kata Fuad ketika menjawab soalan mengenai keperibadian Tom menerusi live TikTok yang dipetik Gempak.
Dia berkata demikian demikian selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat. Lebih mengundang pertanyaan warganet apabila Tom kelihatan panik, cuba menutup mulut Fuad. Fuad kemudian bagaimanapun menjawab teka-teki ramai yang mereka belum disatukan sebagai suami isteri, namun sudah berbincang ke arah itu. “Tak ada la, saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat. Yela, kita memang nak nikah la tapi belum masanya lagi la. “Konon-kononnya saja la… kalau dah jodoh, Insya-Allah. Serius, kita belum nikah lagi. Dalam perbincangan la, tapi nak percepatkan la, Insya-Allah. “Fasal ada urusan lagi… urusan Fuad, urusan lain lagi nak diuruskan. Tapi memang kita nak bernikah kan,” kongsi Fuad lagi. - CARI |
..saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat..
prince_marhaen replied at 6-1-2023 12:53 PM
Mestilah terperanjat.... biasa gelandangan kepam busuk hangit berkerak macam korang ni takde nikah ...
virgo19: Aku tengok gambar atas sekali ...
deebiz14 replied at 6-1-2023 02:31 PM
Kapel tervusuk gred F.
PatinOpai vusuk gred E.
SolIra kapel vusuk gred E-.
irvene replied at 6-1-2023 02:32 PM
sekor lagi. wukong and bini
ADVERTISEMENT