Jake Gyllenhaal berkongsi pengalaman melakukan adegan intim bersama aktres Jennifer Aniston dalam filem The Good Girl, 2002. Kata aktor itu, walaupun meminati Jennifer dalam diam, adegan tersebut tidak dapat dinikmati sepenuhnya.
"Ia seperti penyeksaan tapi macam bukan. Adegan tersebut terasa janggal apabila lebih 30 hingga 50 orang krew produksi turut menonton bersama," katanya. Jake Gyllenhaal akui terseksa lakonkan adgen intim bersama Jennifer. Jake berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual yang dikenali sebagai The Howard Stern. Tambah Jake, adegan tersebut bagai sebuah tarian yang perlu mengikut rentak dan arahan daripada pengarah filem berkenaan.
Lebih menarik lagi, Jake turut berkongsi moment menarik ketika penggambaran tersebut terutama tentang sikap Jennifer yang baik. "Dia sangat baik, dia sarankan saya untuk memakai bantal sebelum memulakan penggambaran adegan tersebut," katanya lagi. Jelas Jake, walaupun mereka berbeza 11 tahun namun adegan tersebut dapat dilakukan dengan baik. Sumber: mStar |
...dia sarankan saya untuk memakai bantal sebelum memulakan penggambaran adegan tersebut..
ADVERTISEMENT