CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tiga Isteri Sambut Kelahiran Anak Ke-60, Nak Cari Isteri Ke-4 Untuk Tambah Lagi Zuriat

6-1-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1694| Komen: 18

Islamabad: Seorang doktor Pakistan yang menyambut kelahiran zuriat ke-60 masih mengimpikan anak ramai daripada tiga isteri dan daripada bakal isteri baharunya.

Sardar Jan Mohammad Khan Khilji, 52, yang menetap di Quetta, ibu kota Balochistan, mengusahakan kliniknya sendiri di bandar itu dilaporkan mempunyai tiga isteri dan baru-baru ini, dia menyambut kelahiran anak ke-60, Khushal.

Sardar berkata, dia merancang mengahwini isteri keempat bagi memastikan impiannya memiliki anak ramai tercapai.

"Saya meminta semua rakan saya untuk membantu mencari seorang gadis untuk perkahwinan keempat saya.

"Saya mahu anak ramai daripada semua isteri," katanya kepada BBC.

Pada 2016, Sardar menjadi tajuk utama berita antarabangsa selepas menyambut kelahiran anak ke-35.

Ketika itu, dia mengumumkan rancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 anak.


Sardar berkata, walaupun inflasi menjejaskan kewangannya, namun dia tetap komited untuk menambah ahli keluarga.

Foto: Agensi

"Perniagaan semakin perlahan. Harga semua barangan asas termasuk tepung, minyak sapi dan gula meningkat tiga kali ganda.

"Selama tiga tahun kebelakangan ini, semua rakyat Pakistan termasuk saya sendiri menghadapi kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Untuk rekod, individu yang memiliki anak paling ramai setakat ini adalah petani Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 anak. Lelaki itu turut mempunyai 568 cucu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 6-1-2023 02:30 PM
semoga keturunan baik baik sahaja
Quote Adrif 6-1-2023 03:40 PM
besar ke gaji doktor sana mampu anak berpuluh-puluh ni?

ke bini-bini topup aaiiikkk
Quote shernazz 6-1-2023 04:05 PM
Amboi
Kang jadi cm.mat negro mana tah bini ramai anak beratus
Pastu tak mampu tanggung.
Kerajaan.plak.nakmkena bantu
Quote kuzaime 6-1-2023 04:17 PM
betul2 cam kilang anak dia buat bini2nya. Ni kalau tanya nama tiap2 anak entah2 ada yg dia lupa
Quote pekanwoohoo 6-1-2023 04:22 PM
Tak merasa lah anak-anak nak makan harta bapak diorang nanti kalau meninggal. Berapa kali potong faraid tu nanti.
Quote Decaffeinated 6-1-2023 05:52 PM
Untuk rekod, individu yang memiliki anak paling ramai setakat ini adalah petani Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 anak.

soalan lazim, apa agama mamat berdua ni?
Quote green~tea 6-1-2023 05:54 PM
Apa yang seronok sangat anak ramai2 ni???

Beranak ramai pun last2 jadi petani kampung jugek... lain laa ko cerdik pandai improve to industrialize agriculture...

Mcm sial membiak ramai2 tp tak improve life pun...
Quote Kitty_catz 8-1-2023 12:12 PM
geng elon sama nick cannon la ni

yihhhhh !
Quote stingergrumpy 8-1-2023 12:18 PM
green~tea replied at 6-1-2023 05:54 PM
Apa yang seronok sangat anak ramai2 ni???

Beranak ramai pun last2 jadi petani kampung jugek... lai ...

Ko Sounded so defensive..why?

Ada yg kutukz ko kerana teloq gatal ko dah tak berkualiti keww utk hasilkheun benih?

Kahkahkahkahkahkah
Quote batu kikir 8-1-2023 02:31 PM
Nak layan konek kau je la.
Penduduk dunia dah terlampau ramai la bodo
Quote stingerbumpy 8-1-2023 02:36 PM
batu kikir replied at 8-1-2023 02:31 PM
Nak layan konek kau je la.
Penduduk dunia dah terlampau ramai la bodo

Kalo mengikut ellong musker ,the world today is under populated...

Ko ghaser?
Quote Supersirap 8-1-2023 05:30 PM
Selagi masih mampu apa salahnya
Quote krustykrab 8-1-2023 06:36 PM
pekanwoohoo replied at 6-1-2023 04:22 PM
Tak merasa lah anak-anak nak makan harta bapak diorang nanti kalau meninggal. Berapa kali potong far ...

Faraid nnt dpt la sorg rm10
Quote edayildiz 8-1-2023 06:39 PM
terbayang ank dia nama kajol balik..tp dia ingt ank yg tu nama ira kazar..
omgg..dia byk duit ke nk sara ank dia.
Quote TOPwind 8-1-2023 08:39 PM
pekanwoohoo replied at 6-1-2023 04:22 PM
Tak merasa lah anak-anak nak makan harta bapak diorang nanti kalau meninggal. Berapa kali potong far ...

dapatlah sorang sehelai rambut dan bulu uban
Quote orenmango 8-1-2023 09:12 PM
Sorry la, kat sana pompuan takleh bersuara. Mmg patriarchal society. Hidup pun bukan senang setakat doktor. Lain la businessman.

Tahun 2016 sambut anak ke 35. 6 years onwards, almost double bilangan anak. Camana tu? Dia ada gundik ke apa?
Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2023 09:14 PM
Pasangan ini mesti bertelur seperti ayam sebab itu 3 isteri 60 anak
Quote ctaz 8-1-2023 09:15 PM
org tu yg dpt anak ramai...
org2 kat malaysia pulak yg susah hati....

hahahahahahahaa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.386305 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top