CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Kenderaan, Buat Sekatan Jalan Raya- Kumpulan Bersenjata Gempur Bandar Mexico Selepas Anak Raja Dadah El Chapo Ditahan

6-1-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 444| Komen: 0

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan lelaki bersenjata bertempur dengan pasukan keselamatan di bandar Culiacan, Mexico selepas serbuan pagi semalam berjaya menangkap seorang suspek utama penyeludup dadah di kejiranan Jesus Maria, lapor agensi berita United press International (UPI).


Suspek yang ditangkap ialah Ovidio Guzman Lopez iaitu anak lelaki ‘raja dadah’, Joaquin Guzman Loera yang lebih dikenali di dunia sebagai El Chapo.

Dua beranak itu adalah penjahat paling ditakuti dalam kartel dadah yang berkuasa di negeri Sinaloa.


Foto: AFP

Serbuan pagi semalam melibatkan beratus-ratus anggota pasukan keselamatan dan askar Mexico. Video yang dimuat naik di media sosial memaparkan sebuah helikopter melepaskan tembakan semasa operasi tersebut.


Selepas berita penahanan Guzman Lopez tersebar, kumpulan lelaki bersenjata di Culiacan dan bandar-bandar lain bertindak membakar kenderaan dan mengadakan sekatan jalan raya.

Insiden berbalas tembakan berlaku di kawasan lapangan terbang Culiacan. Video yang tular memaparkan penumpang pesawat yang dijadualkan berlepas ke Bandar Raya Mexico berusaha untuk berlindung daripada serangan.

Sebagai tindak balas kepada serangan itu, lapangan terbang Culiacan telah ditutup, demikian menurut ciapan di akaun Twitter rasminya.

Guzman Lopez memikul lebih banyak tanggung jawab dalam kartel Sinaloa selepas bapanya ditahan pada 2016, sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) pada 2017.

Pihak berkuasa Mexico menuduh Guzman Lopez sebagai pengedar fentanyl utama. Dia ditahan seketika pada 2019 tetapi berjaya melarikan diri apabila lelaki bersenjata menyerang pihak yang menahannya.

Washington mendakwa Guzman Lopez pada 2019 kerana bersubahat untuk mengedar kokain, methamphetamine dan ganja untuk diimport ke AS. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.163297 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top