CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motor Bertembung Sesama Sendiri, 2 Penunggang Maut Disyaki Berlumba

6-1-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 773| Komen: 4

Dua penunggang disyaki berlumba, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Sandakan-Lahad Datu-Kinabatangan pada Khamis malam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dua lelaki yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dipercayai terdapat seorang lagi mangsa yang selamat.


Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Sandakan-Lahad Datu-Kinabatangan pada Khamis. - Foto PDRM

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan terbabit melibatkan tiga motosikal yang ditunggang tiga pekerja ladang di daerah ini.

"Siasatan awal di lokasi mendapati, ketiga-tiga penunggang motosikal itu bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan namun telah hilang kawalan kerana disyaki berlumba sebelum berlanggar antara satu sama lain.

"Akibat kejadian itu, motosikal mereka terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan tiada sebarang kesan kenderaan lain.

"Dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan manakala seorang lagi tidak dijumpai di lokasi dan dipercayai telah beredar dari kawasan kemalangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, kedua-dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua-dua mangsa tidak disyaki mabuk namun sampel darah dan air kencing telah diambil untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 6-1-2023 03:46 PM
Sendiri mau ingat la..
Quote sharlenetexas 6-1-2023 03:54 PM
Ni mesti bunyi motor preng preng preng bingit mengganggu ketenteranan org lain.


Quote shernazz 6-1-2023 03:56 PM
Yezza...atas doa yang nyumpah mat rempit..
Doa anda dikabulkan..
Quote Decaffeinated 6-1-2023 04:09 PM
RIP

You die doing something you love.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043745 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top