CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pengotor, Sombong, Ketegaq" Hairan Kenapa Orang Ramai Masih Pergi Makan Kedai Roti Canai Glamour Di Penang?

6-1-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5763| Komen: 86

Perkongsian seorang lelaki ini mengenai pengalamannya di sebuah gerai sedikit sebanyak boleh dijadikan pengajaran oleh orang ramai sebelum memilih untuk menjamu selera di sesebuah premis.


Menurut lelaki bernama Fauzul Naim Ishak, insiden tersebut terjadi minggu lalu ketika dia dan keluarganya bercuti di Pulau Pinang.

Memandangkan kurang arif mengenai lokasi makan di Georgetown, dia cuba membuat carian menerusi Google.

"Bertanyalah dengan 'Pak Cik Google' mana tempat sarapan viral. Terkeluar satu nama Roti Canai ***** yang tular baru-baru ini.


Foto: mStar 

Maka kami sekeluarga bertolaklah ke tempat cadangan 'pakcik tersayang' dengan hati berbunga bunga. Kenapa? Sebab ini tempat makan yang kami tidak pernah jejakkan kaki ke sana dan kami anak beranak memang 'hantu roti canai'.


"Berjalan dari jauh sudah nampak orang beratur. Tentu sedap ni, berkata dalam hati," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun sebaik sahaja kaki menghampiri gerai berkenaan, Fauzul sejujurnya mengakui perasaannya yang teruja sebentar tadi bertukar 'tidak sedap hati'.

"Melihat suasana tempat makan yang kurang kondusif. Meja yang berlumut tidak diselenggara dengan baik, bau yang tidak berapa sedap di kawasan makan dan para pekerjanya yang tidak memakai penutup muka dan kepala.

"Tengok muka isteri pun macam berfikir perkara sama. Terdengar bunyi orang memekik 'roti canai ayam... roti canai daging tak ada. Daging tunggu sat. Mana yang order ka yang tak order ka mai ambik sendiri'.

"Macam pelik SOPnya. Macam panggil ayam makan. Saya masih bersangka baik lagi, mungkin cara mereka begitu. Saya pun pergi jugalah ambil sebab anak-anak kelaparan," kongsinya.

Ketika itu, sekali lagi dia menyaksikan suasana yang agak kurang berkenan di mata iaitu pinggan yang sudah diisi dengan roti canai dan ketulan ayam, diletakkan secara bertindan.

Mujurlah tiba agak awal, Fauzul sempat mengambil pinggan makanan yang paling atas dan tidak bertindan dengan pinggan lain.

"Isteri pergi ambil sudu dan garfu, tengok-tengok kelihatan masih berdaki dengan kesan makanan lepas, padahal itu yang dikatakan sudu dan garfu sudah basuh. Isteri mencari sinki untuk basuh semula," kongsinya.

Bukan sekadar isu kebersihan yang tidak dijaga, bahkan Fauzul turut berkongsi rasa kecewa dengan layanan kurang mesra pekerja gerai berkenaan.

Menurutnya, dia mahu memesan roti canai kosong tanpa kuah buat anak kecilnya, namun dilayan seperti acuh tidak acuh oleh pekerja dengan wajah yang masam.

"Saya dan keluarga cepat-cepat makan tanpa banyak fikir. Tidak hayati pun makanan. Apa yang terfikir mahu makan dan cepat keluar.

"Habis sahaja terus bayar dan 'blah' sahaja. Puteri tunggal saya 'pot pet pot pet' mengomen tempat makan dengan nada tidak puas hati. Si anak keempat pun sama.

"Memang pengalaman sarapan pagi di tempat viral paling 'tidak best' dalam sejarah keluarga kami. Tidak tahu apa yang menyebabkan orang ramai, apa 'mandrem' dipakainya.

"Tapi kalau tanya berapa bintang tiada bintang boleh diberikan. Ini bukan mahu kutuk tapi apa realiti depan mata," kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Fauzul tidak menyatakan lokasi gerai roti canai viral yang dikunjungi bersama keluarganya itu.

Namun, menerusi ruangan komen, ramai yang dapat meneka lokasi gerai yang dimaksudkan sambil menambah, lokasi berkenaan hanya dikunjungi orang luar dan bukan pilihan orang tempatan.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa ketika menjamu selera di gerai tersebut.

"Kalau ramai depa (mereka) mulalah sombong. Kami orang local memang tak pi (pergi).

"Sejak terkena dulu, memang tak pergi dah. Minta roti canai kosong, dia pandai-pandai letak daging tanpa tanya apa-apa. Lepas tu buat muka.

"Memang tahu dah. Pengotor, sombong, ketegaq (degil). Mintalah apa pun depa lawan balik lepas tu paksa makan apa yang ada.

"Kalau nak cari makan sedap, tanyalah orang Penang," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, sebuah gerai roti canai yang terkenal di bandaraya itu diarahkan tutup selama 14 hari, baru-baru ini gara-gara gagal mematuhi piawaian kebersihan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 6-1-2023 11:55 AM
ni kat transfer road... baru pi minggu lepas.. mmg tobat da nak pi lagi
sombong dah tu terjerit2 panggil customer amik roti canai ayam selemuih dia
bila tnya waiter kat situ kenapa 'supervisor' dia terjerit mcm org ilang anak
katanya tak boleh buat apa , da kerje 15 tahun mcm tu gaya dia
so.. lepas 2 hari tutup terus kedai tu sbb tak bersih dan issue telur taik ayam
padan muka
kurma ajnabi is real
Quote syamzana 6-1-2023 11:57 AM
kikiki yg kotor tu la sedap.
kedai mamak mana yg x kotor sana??
perut org2 penang island mmg tebal hokeh
Quote shahirakay 6-1-2023 11:59 AM
transfer road la yang tourist rajin duk pi pun huhuhu.. roti canai shah cafe dekat rumah aku ni lagi sedap tapi belah seberang la bukan belah pulau. makan belah pulau ni kebanyakannya over rated.
Quote prizadane 6-1-2023 12:03 PM
Aku kalau nak pi makan mana-mana kedai viral, memang aku google tengok review. Baca yang lowest review je sebab yang lowest tu lah orang kotor etc.

N iols memang memilih sikit bab kedai makan. Iols akan tengok bahagian dapur, pekerja etc. kalau nampak kotor, iols selamba je keluar. Macam baru-baru ni nak support la bisnes orang kita sebab dia dok post awat la tak ramai orang pi makan kedai dia. Iols baru nak tengok lauk… hurm nampak lalat 2-3 ekor bertenggek kat makanan. Terus iols keluar.

Roti canai transfer road ni memang dari dulu kotor n iols tak pernah jejak kaki pun kat situ. Geli tekak
Quote sepiITUindah 6-1-2023 12:05 PM
[youtube]4G-_LsPEZq4[/youtube]

ni..di taman gelora kuantan
Quote Nnasda53 6-1-2023 12:09 PM
syamzana replied at 6-1-2023 11:57 AM
kikiki yg kotor tu la sedap.
kedai mamak mana yg x kotor sana??
perut org2 penang island mmg tebal h ...

Orang penang habaq kami yang duk penang pun tak p makan sana.
Ada tgk video kat tiktok ari tu adehhh telur pun penuh taik ayam campak je pecah2 pun guna.
Geli tekak iols tengok.


Iols kedai2 viral ni mmg tak pergi.Nak beratur pnjg2 mmg iols tak suka.

Quote VespaSilbe 6-1-2023 12:14 PM
Yg kat ataih sikit lagi sedap.. sini tak sedap campuq kotoq
Quote drivethru 6-1-2023 12:15 PM
Maaf cakap, orang melayu mmg suka makan tempat/benda yg kotor. Berapa kerat jer org cina india yg makan kat situ. Satu lagi ais krim turky. Bangga buat video beli ais krim. Kon yg org dah pegang2, pastu ko makan.
Quote damsel_fiji 6-1-2023 12:21 PM
Edited by damsel_fiji at 6-1-2023 02:18 PM

org mesia kan bodoh..makan tepi tong sampah / longkang pun tak kesah
Quote damsel_fiji 6-1-2023 12:22 PM
drivethru replied at 6-1-2023 12:15 PM
Maaf cakap, orang melayu mmg suka makan tempat/benda yg kotor. Berapa kerat jer org cina india yg ma ...

sbb masing2 jenis pelahap segala makanan yg viral sis
Quote zafira 6-1-2023 12:23 PM
aku pernah pergi 4 5 tahun lepas.. 1st & last la pegi.. x sedap langsung.. org order roti kosong buat muka... nak juga suh amik daging.. baik aku makan roti canai KL Menjerit kat Jeli sana... lagi sedap.. tetiba lari topik..
Quote cap_ayam 6-1-2023 12:25 PM
Hameed**ah pun ada pekerja kepala weng. Nasib dia baik sebab kena maki free depan2 dengan husbaby kaka atas layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga
Quote nikaido 6-1-2023 12:29 PM
golongan yg xbijak adalah mereka yg pegi tempat viral.
Quote sufi^_^ 6-1-2023 12:54 PM
damsel_fiji replied at 6-1-2023 04:22 AM
sbb masing2 jenis pelahap segala makanan yg viral sis

orang mesia banyak mengidap penyakit FOMO, tu pasal asal ada benda viral, dia nak jadi terpaling terdahulu makan benda viral tu.
Semata2 nak upload kat socmed.

Telor taik ayam pun dia sesah, apadehal.
Quote sufi^_^ 6-1-2023 12:55 PM
nikaido replied at 6-1-2023 04:29 AM
golongan yg xbijak adalah mereka yg pegi tempat viral.

Setuju sangat, penyakit FOMO lagi parah dari covid sebenarnya.
Quote prettyuglybabe 6-1-2023 01:15 PM
i kalau viral ni memang tak pergi la..
sah tak sedap..
tempat sedap memang kena tanya lokal..
dorang memang kedekut nak share tempat mana yang sedap
Quote sapeka 6-1-2023 01:24 PM
Tu la depa ni
Dengan bau longkang yang kuat
Selera sunggoh depa makan
Quote akies 6-1-2023 01:48 PM
Eee tk lalu nak makan kt penang.
Rela lagi makan kt kedah.
Cendol viral apek tu pun iols kembang tekak menengoknya.
Apsal la melayu ramai beratur kt situ?
Quote Artemesiaa 6-1-2023 01:52 PM
Ada orang sebab dah viral rajin pulak nak cuba sampai faktor kebersihan ditolak tepi jika jadi apa tanggung sendiri.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.088602 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top