CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Jangan Saman Bos, Saya Perlu Pergi Berak," Lelaki Parkir Kereta Suka Hati, Cuba Rasuah Pihak Berkuasa RM1

6-1-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1461| Komen: 15

Gara-gara tidak tahan untuk membuang air besar, seorang pemandu lelaki meninggalkan sekeping nota serta RM1 di cermin hadapan keretanya disebabkan terpaksa meletakkan kenderaan di ruang larangan parkir.


Nota yang tertulis permohonan maaf itu bertujuan mengelak dari disaman oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Tolong jangan saman saya boss, saya perlu pergi berak. Maaf, Harry Kok,” tulisnya.


Foto: FB

Perkara tersebut menjadi tular di media sosial apabila beberapa pengguna berkongsi gambar nota tersebut di Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu.

Lebih menarik perhatian, apabila pegawai DBKK yang bertugas memantau kesalahan parking di kawasan tersebut, turut membalas nota lelaki itu dengan disertakan resit saman di sebelahnya.


“Tak cukup la, lain kali berak di rumah sahaja, terima kasih DBKK,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat tersebut dan pelbagai reaksi turut diberikan.

“Dia nak cuba rasuah penguat kuasa RM1 macam harga bayar masuk tandas,” kata @Saiful87.

“Siap main balas tulis nota pula, lawaklah. Mesti tak senang Harry Kok masa pergi berak risau kena saman,” seloroh @Yanjinana. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-1-2023 11:43 AM
cina bukit kok ni memang saja suka create issue govmnt authorities issue...buat bahan lawak dia... dia buat video guna patung macam sesame street tu... mencarut no.1..
Quote eragon 6-1-2023 01:02 PM
bukan rasuah tu, letak rm1 minta tlg DBKK bayarkan kat meter. dia x sempat tu, sakit perut sgt tu.
Quote apech 6-1-2023 01:03 PM
gambar tahun bila innehh
Quote nononcrux 6-1-2023 02:55 PM
nak berak smpat lagi melukis.. bahlol btl
Quote ninja boy 6-1-2023 03:12 PM
Edited by ninja boy at 6-1-2023 04:26 PM

Ai seboleh elak parking berbayar, kan ada drive tru atau mall market petrol station surau masjid parking percuma, semata2 pergi jamban tapau sarap beli sayur 5 min
Quote pekanwoohoo 6-1-2023 03:15 PM
Kalau tak bayar saman parking majlis ni ada apa-apa benda buruk boleh berlaku ke? Aku saman polis pun tak bayar lagi, ada 2
Quote Perawankota 6-1-2023 03:26 PM
Aku pi mana2, rela bayar parking pbt ni.. Berapa posen jer pon.. Skang lagilah pakai apps je.. Lagi senang.. Tapi belah2 sana tak tau dh pakai apps or still guna cara lama
Quote Sazreena 6-1-2023 03:47 PM
Talk kok lagi...ambik..
Quote acik79 6-1-2023 03:52 PM
nononcrux replied at 6-1-2023 02:55 PM
nak berak smpat lagi melukis.. bahlol btl

Kannnn??? Aku baru nak cakap
Quote Decaffeinated 6-1-2023 04:02 PM
Teringat pernah stop sekejap kat driveway KLIA pepagi buta pi kencing balik2 polis baru selesai tulis saman tapi siap cakap manis2 dgn aku. Menyesal la tu kot sebab menganiaya orang yang dalam kesusahan
Quote kucingitam 6-1-2023 04:30 PM
pekanwoohoo replied at 6-1-2023 03:15 PM
Kalau tak bayar saman parking majlis ni ada apa-apa benda buruk boleh berlaku ke? Aku saman polis pu ...

kalau saman terkumpul nanti kena denda penalti ratus2-ribu blh kena..
Quote kucingitam 6-1-2023 04:31 PM
ninja boy replied at 6-1-2023 03:12 PM
Ai seboleh elak parking berbayar, kan ada drive tru atau mall market petrol station surau masjid par ...

tiba aku jadi bodoh, cemana nak berak drive thru...hahaha...aduih..
Quote akies 6-1-2023 06:56 PM
Kalau parking kt area mpkj, 50sen per jam.
Sekali kena saman, RM10
Baik la bayar 50sen tu dari kena saman sebab tak bayar parking
Quote bitterchoc 7-1-2023 10:50 PM

Hahaha dapat reply pun. Tergelak aiols.
Quote edayildiz 7-1-2023 11:57 PM
ala comel lak...siap ada reply
i pernah dpt srt kena carut sbb parking keta senget..ingt i kisah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047587 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top