CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tutup Pintu Sempadan Keputusan Paling Sesuai Sebab Varian Baru Akan Terus Muncul

6-1-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 957| Komen: 4

Keputusan kerajaan untuk tidak menutup sempadan negara adalah keputusan yang paling sesuai buat masa ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rosliza Abd Manaf berkata, varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang menular di China ketika ini disifatkan tidak mendatangkan kesan jangkitan teruk di negara ini memandangkan hampir 90 peratus penduduk sudah divaksin.


"Kalau kita tengok rakyat kita majoritinya telah divaksin, jadi insya-ALLAH sekiranya ada kenaikan kes ataupun kemasukan kes akan datang, ini tidak akan melonjakkan kes tinggi di Malaysia.

"Kalau kita tutup sempadan macam mana kita hendak galakkan sektor ekonomi yang baru hendak bermula," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live yang membincangkan tajuk Covid-19: Varian baharu, kita terancam?, yang dihoskan oleh Fahiz Ariff dan disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis

Dr Rosliza berkata, sudah lebih tiga tahun dunia dilanda pandemik Covid-19 dan sekarang ini beratus-ratus subvarian telah wujud.



Sinar Harian

Sinar Live bersama Dr Rosliza membincangkan tajuk 'Covid-19: Varian baharu, kita terancam?' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Untuk virus itu hidup dalam badan manusia, memang akan berlaku mutasi dan menyebabkan terbitnya pelbagai jenis varian.

"Kemunculan varian baharu ini akan berterusan bukan hanya sekarang tetapi seterusnya pada masa akan datang," katanya.

Jelasnya, mengenai varian yang hangat diperkatakan ketika ini, ia sebenarnya bukanlah baharu sangat kerana kedua-kedua varian sudah dikesan sehingga Ogos tahun lepas lagi.

"Di negara Eropah, Amerika dan Perancis dah ada menunjukkan kehadiran varian-varian ini.

"Cuma sekarang ini bilangan kes yang tinggi di China meningkat, majoriti kes varian baharu ini," kata Dr Rosliza.

Tambahnya, menerusi data dan kajian sedia ada, varian itu kebolehjangkitannya adalah sangat tinggi.

Bagaimanapun katanya, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan varian itu dengan kes yang sangat teruk.

"Walaupun kadar jangkitan tinggi, kes banyak tapi dia tidak melibatkan kes yang tenat dan sangat memudaratkan.

"Simptom-simptomnya agak ringan, jadi sekiranya kita sudah ada perlindungan vaksin, booster, walaupun dijangkiti ia tidak membahayakan," ujarnya.

Menurutnya, umum mengetahui kes di negara China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan sedang meningkat naik.

"Bila kita tahu mana-mana negara mempunyai lonjakan kes yang tingi, kita perlu ambil langkah berhati-hati supaya kes tinggi itu tidak sampai ke negara kita.

"Jadi kita menyambut baik saranan Perdana Menteri mengatakan bahawa langkah ketat perlu dilaksanakan di semua pintu masuk negara.

"Itu adalah inisiatif sangat baik untuk mengelakkan daripada varian yang sangat mudah menular ini untuk masuk lebih banyak lagi ke negara kita," katanya.

Beliau turut menjelaskan maksud pintu sempadan negara diperketatkan bukanlah menghalang pelancong asing masuk atau rakyat negara ini sendiri ke luar negara.

"Kita lebih sarankan langkah lebih berhati-hati. Kita tengok perkembangan yang dikongsi Kementerian Kesihatan melibatkan saringan suhu.

"Saringan suhu akan dilakukan di semua pintu masuk. Langkah yang baik untuk menyaring suhu badan tapi boleh ditambah dengan kaedah saringan yang lain iaitu ujian PCR sebelum menaiki pesawat macam negara Kanada dan India," katanya.

Beliau menegaskan, dalam menangani kes Covid-19 di Malaysia, langkah yang diambil perlu holistik.

"Pertama pencegahan, kita kena pastikan pintu masuk dikawal rapi dan setiap yang masuk disaring sebaiknya terutama dari negara China.

"Sekiranya ada kes yang kita dapat kesan di pintu masuk suhu mereka tinggi perlu ada langkah rapi untuk mereka ini diasingkan, dirawat atau dihantar pulang," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 6-1-2023 11:51 AM
buat apa nak gaduh...kalo benda boleh cuba..'bagi la penyakit tu masuk dulu'...apa susah2.
Quote Bawang123 6-1-2023 03:46 PM
Pastu suruh kita bersedia untuk tutup sekolah ye
Quote Zazama 6-1-2023 03:58 PM
Bila kes menaik, rakyat juga yg npk bersalah. Kerajaan china pulak tu bagi kebenaran rakyatnya keluar?? Episod akhir : pengidap akan ditidurkan.
Quote Decaffeinated 6-1-2023 04:08 PM
Bukan suruh tutup terus, acik2 cuma suruh tutup untuk pelancong dari China sahaja sebab hanya pelancong dari China yang bawa virus untuk disebar di tanah air. Faham kau!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.234664 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top