CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Farmasi Dah 'Kosong', Penduduk Beijing Berisiko Ditipu Penjual Ubat Atas Talian

6-1-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 519| Komen: 0

Penduduk Beijing kini terdesak dan sanggup memilih untuk mendapatkan ubat bagi merawat gejala Covid-19 yang kritikal di pasaran atas talian.


Mereka juga berdepan risiko penipuan selepas ketiadaan ubat di farmasi berikutan jumlah kes jangkitan melonjak

Gelombang Covid-19 ketika ini menyaksikan kedai ubat tidak mempunyai bekalan, ketika orang ramai memerlukan rawatan selesema dan demam.


CNA

Ramai yang terpaksa beralih kepada penjual dalam talian yang tidak dapat dipastikan, dengan sedikit jaminan untuk mendapatkan produk seperti apa yang dibayar.


Rakyat China sejak sekian lama dibelenggu skandal membabitkan ubat tercemar, ujian klinikal yang direka dan peraturan yang longgar dalam industri perubatan, yang mendorong ramai berasa ragu-ragu terhadap produk farmaseutikal keluaran tempatan.

Berikutan terdesak mendapatkan rawatan bagi ahli keluarganya yang sakit, Qiu, 22, memberitahu AFP, beliau membelanjakan ribuan wangnya untuk mendapatkan ubat Covid-19 yang tidak pernah sampai, selepas menghubungi seseorang dalam talian yang mendakwa mewakili Ghitai Pharmaceutical yang berpangkalan di Hong Kong.

Individu itu mendakwa, mereka mempunyai akses kepada stok Paxlovid, rawatan Covid-19 yang dibangunkan gergasi ubat Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan diluluskan Beijing serta boleh menghantarnya ke tanah besar China.

Selepas dibawa ke laman web "rasmi", Qiu kemudian mengeluarkan 12,000 yuan (RM7,680) untuk enam kotak Paxlovid, berdasarkan rekod pembayaran yang dilihat AFP.

Pil berkenaan, bagaimanapun tidak sampai dan dan wakil jualan itu memutuskan hubungan dengannya, meninggalkannya dalam keadaan "sakit, tidak berdaya dan sangat marah."

"Ia adalah perbuatan yang menjijikkan. Setiap detik penting apabila anda cuba menyelamatkan nyawa seseorang," katanya.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, Ghitai berkata, ia sedia maklum mengenai versi palsu laman webnya yang mendakwa menyediakan ubat Covid-19 dan sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Ghitai tidak pernah menawarkan ubat untuk Covid-19 dan meminta pengguna berhati-hati bagi mengelakkan penipuan serta kerugian wang," katanya.

Pihak berkuasa di China, berkata mereka sudah mula menghantar Paxlovid ke beberapa hospital dan klinik komuniti, namun ubat itu masih amat sukar diperoleh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.055664 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top