CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Kata TMJ Tak Sayang Skuad Harimau Malaya? Siap Izinkan Guna Stadium Sultan Ibrahim

6-1-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1647| Komen: 20

Kuala Lumpur: Siapa kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak sayangkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon?

Anggapan negatif segelintir pihak itu sebenarnya tidak berasas apabila pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sebaliknya cukup mengambil berat tentang pasukan kebangsaan.


Buktinya apabila Tunku Ismail sendiri menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue perlawanan bagi skuad Harimau Malaya bermula Mac ini selepas gelanggang rasmi iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.


Foto: Harian Metro

Tawaran itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika membuat lawatan pada sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.


"Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yang akan bermula Mac ini, saya berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi 'update'.

"Dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap," tulis Tunku Ismail di laman sosialnya.

Berdasarkan jadual pasukan negara sepanjang tahun ini, anak buah Pan-gon dijangka bakal dihimpunkan dalam jendela aksi antarabangsa Fifa pada Mac, Jun, September, Oktober dan November, dengan beberapa aksi antarabangsa bakal menanti pasukan sebagai persiapan ke Piala Asia pada Januari 2024 di Qatar.

Proses pertukaran padang di SNBJ daripada rumput jenis Cowgrass kepada rumput Zeon Zoysia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum boleh digunakan.

Malah, kos penukaran rumput itu juga ditaja sepenuhnya Tunku Ismail dengan nilai RM1.4 juta.

Tawaran daripada TMJ itu pastinya menggembirakan peminat bola sepak tempatan memandangkan fasiliti dan kualiti padang yang terdapat di Stadium Sultan Ibrahim dianggap antara terbaik di rantau ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 6-1-2023 11:01 AM
Edited by stingerbumpy at 6-1-2023 11:03 AM

Capacity 40k kheun stadium SI..?

Penyokong ultras aja 70k...apa cer?

Lelebih lagi kalau jadi johan AFF mitsubishi kali ini...mau naik jadi 100k penyokong hardcore ultras malaya...apa klass capacity 40k nak tawar utk jadi padang harimau malaya?
Quote stingerbumpy 6-1-2023 11:11 AM
Ada sebarang prasyarat yg baksl dikenakheun tak for the stadium usage? Yelah mana tahu on a condition....that at least 60 peratus kesebelasan  harimau malaya musti dari kelompok players jaydeetee ?
Quote pinggan 6-1-2023 11:16 AM
Ntah korang ni, asyik mengata dia aje. Mekasih ti-em-jay.
Quote BartholomewKuma 6-1-2023 11:36 AM
Halahhh dia nak cover malu jahh tuuu. Sunggoh. Sablom ni dia tak sangka pun ghimau buleh pi jeuh.
Quote BartholomewKuma 6-1-2023 11:37 AM
Sapa2 buleh cita pada aku kenapa dia tak lepaih player dia untuk berjuang dlm team negara sablom ni?
Quote LostStar 6-1-2023 11:52 AM
mana mau FAM... hamak duit oi.. stadium kecik..
Quote lyshafull 6-1-2023 11:53 AM
SNBJ okay je cuma kurang ja capacity
Quote prizadane 6-1-2023 11:54 AM
BartholomewKuma replied at 6-1-2023 11:37 AM
Sapa2 buleh cita pada aku kenapa dia tak lepaih player dia untuk berjuang dlm team negara sablom ni? ...

Katanya AFF cup ni tak penting. Bukan dalam kalendar FIFA, which is true pun. On same time, dia kata players dia bukan mesin. Mereka tu manusia yang perlukan cuti, nak ada masa dengan family etc. so tak perlu bermain dalam AFF cup yang tak menyumbang apa-apa pun sebab not in FIFA calendar
Quote she 6-1-2023 11:55 AM
Gitulah MO dia

Bila isu rumput padang…dia offer nak bagi dana

Bila isu gaji player negeri lain tertunggak…dia dm player kat IG buat2 tanya khabar

Bila isu baikpulih stadium…dia cakap stadium negeri dia tak korup (yelah dah ekau bakal raja siapa berani nak korup ammend harga invois barang walau sesen)

Bila isu stadium sekarang…dia offer stadium dia

Ingat dia hadir sesaja ke nak tolong
Nanti keluar lah ayat

INILAH PENGORBANAN SAYA UNTUK BOLASEPAK NEGARA

Dia ibarat sama lah
Kau nampak member kau tak keluar lunch sebab berjimat
Pastu kau ajak dia sambil cakap TAKPE AKU BELANJA
Pastu ekau cite kat orang
Dulu aku selalu belanja dia makan
Quote Nnasda53 6-1-2023 11:56 AM
Ok lah tu dia nak bagi guna.
Quote Themilo 6-1-2023 12:56 PM
stingerbumpy replied at 6-1-2023 03:01 AM
Capacity 40k kheun stadium SI..?

Penyokong ultras aja 70k...apa cer?

mana datangnya ultras sampai 70k? ok la tu 40k, sebab stadium pun jenis takde trek. rasa dekat je dengan padang. #bukanpenyokongjdt
Quote stingerbumpy 6-1-2023 02:58 PM
Themilo replied at 6-1-2023 12:56 PM
mana datangnya ultras sampai 70k? ok la tu 40k, sebab stadium pun jenis takde trek. rasa dekat je  ...


Jenis ultras yg rata2 tahap penyangak.... when you have a stadium where the pitch is just  inches away from the spectators stand...the tendency of crowd swarming into the ground will always be there.....terutama if things do not go in our favour...during the match...



Quote Azharitubunga 6-1-2023 03:15 PM
Nak curi perhatian ker tu???
Dah kawan tu main elok menang tanpa pemain sana
Terasa kannn
Buat2 ler sayamm
Quote Decaffeinated 6-1-2023 04:57 PM
socmed telah membuktikan beyond reasonable doubt ungkapan haters will hate
Quote Decaffeinated 6-1-2023 04:59 PM
stingerbumpy replied at 6-1-2023 11:01 AM
Capacity 40k kheun stadium SI..?

Penyokong ultras aja 70k...apa cer?

apa susah, naikkan harga tiket

terus angka penyokong akan turun separuh. Stadium WC pun semua 40k ja. Don't tell me penyokong AFF Cup lebih ramai dari WC



Quote axl_bach 6-1-2023 05:09 PM
Decaffeinated replied at 6-1-2023 04:59 PM
apa susah, naikkan harga tiket

terus angka penyokong akan turun separuh. Stadium WC pun semua 40k ...

AFF Suzuki xder kaitan dgn WC pun dlm membandingkan bilangan attendence.....Dah kalau penyokong kedua2 pasukan bertanding mmg minat gila2 dgn team mmg akan ramai lah kehadiran. Final Piala Malaysia pun full house SNBJ, x bermakna kualiti bola Piala Malaysia lebih tinggi dari WC
Quote Decaffeinated 6-1-2023 05:21 PM
axl_bach replied at 6-1-2023 05:09 PM
AFF Suzuki xder kaitan dgn WC pun dlm membandingkan bilangan attendence.....Dah kalau penyokong ke ...

Exactly my point too.
Aku cuma nak kata bilangan fan kat tanah air ni berkadar terus dengan harga tiket maybe tak sampai kot



Quote Skuau 6-1-2023 05:42 PM
Themilo replied at 6-1-2023 12:56 PM
mana datangnya ultras sampai 70k? ok la tu 40k, sebab stadium pun jenis takde trek. rasa dekat je  ...

mbak..gue dari Padang Jawa...
Quote stingerbumpy 6-1-2023 06:34 PM
Decaffeinated replied at 6-1-2023 04:59 PM
apa susah, naikkan harga tiket

terus angka penyokong akan turun separuh. Stadium WC pun semua 40k ...

Jauh nah melangkaui wc?

Wakahkahkahkahkahkah

Baru sekali dapat tundukkheun korea utk layak ke piala asia...dah lagak macam wc material team?

Wakahkahkahkshkahkahkah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054498 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top