CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawanan Kera Buat Hal Masuk Rumah Orang Kampung! Habis Dimakannya Barang Dapur, Rosakkan Harta Benda

6-1-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1071| Komen: 12

JERANTUT – Kira-kira 90 keluarga hidup dalam kebimbangan dan keresahan berikutan kawanan kera kerap bertindak agresif menceroboh masuk ke dalam rumah mereka mencari makanan dan merosakkan peralatan dapur di Kampung Som di sini.


Kejadian yang mula berlaku sejak 2018 itu semakin menjadi-jadi sejak lima bulan lalu yang menyaksikan kawanan kera antara 50 hingga 80 ekor menceroboh rumah penduduk sehingga menakutkan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak.

Haiwan liar yang dipercayai datang dari Hutan Simpan Kenong itu semakin agresif menceroboh rumah penduduk untuk mencari makanan termasuk merosakkan perkakasan dapur.


Foto: Kosmo

Kawanan kera berkenaan dilaporkan tidak takut menceroboh masuk ketika penghuni ada di rumah malah semakin agresif ketika dihalau keluar.


Seorang peniaga kuih, Rahimah Ali, 42, berkata, kejadian itu semakin menjadi-jadi apabila kawanan kera kerap menceroboh masuk ke dalam rumah ketika dia berada di dapur.

“Saya berasa takut melihat haiwan liar ini masuk ke dapur dan menggeledah semua barang dan peralatan membuat kuih sehingga tidak mampu berbuat apa-apa lagi hanya sekadar menghalau.

“Boleh dikatakan seminggu antara tiga hingga empat kali kawanan kera ini masuk ke ruang dapur,” katanya.

Suami Rahimah, Mohd. Hasran Sahidan, 42, berkata, haiwan liar itu dapat lolos masuk ke dalam rumah menerusi celahan ruang kosong di bahagian bumbung.

Katanya, bukan sahaja barang dapur dimakan, malah bakinya akan dirosakkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 6-1-2023 10:15 AM
Rumah kat kg mcm nilah nasibnya. Tanaman habis dikerjakan. Pintu, tingkap pantang tepicho kata orang nismilan. Kalau nak napping tu pastikanlah pintu tingkap tutup. Kalau tak habis barang dikirainya. Sepatutnya bila dah jadi perosak mmg boleh bunuh.
Quote Decaffeinated 6-1-2023 10:25 AM
Tak payah Jerantut

Kat UKM pun sama. Monyet educated pandai tanggalkan cermin tingkap takmo kasi pecah.

Quote naina 6-1-2023 10:40 AM
Mana2 tempat kampung memang dah tak selamat dari kera dah. Kampung aku pun. Mak aku selalu ngadu monyet curi makanan. Dulu aman2 buka tingkap dapur dengan pintu dapur. Sekarang tak boleh dah. Pantang lepa..tapi tulah. Bukan salah monyet pun. Manusia yang rakus gondol hutan dan kebun tempat tinggal dia. Terpaksa lah cari makanan kat rumah orag
Quote KamikuP 6-1-2023 03:31 PM
Kat MRSM taiping monyet pandai beratur kat pintu masuk tengok kereta kelaur masuk sekolah.. ekekeke
Quote green~tea 23-1-2023 09:52 PM
Sediakan lastik.. kalo depa datang.. lastik ketua monyet tu.. tak semestinya kena.. tp kasi depa serik je.. nnti depa tak datang la
Quote imanjannah 23-1-2023 09:55 PM
teringt berita yg bawak lari baby dlm buai tu.. ngeri bila tgok serangan2 nyet2 semua ni
Quote sekngucing 23-1-2023 10:01 PM
yg mkan monyet/kera ni harimau
harimau pupus
hutan gondol
monyet membiak ramai
takda makanan..dtglah ke kampung manusia
Quote cupu 23-1-2023 10:13 PM
Decaffeinated replied at 6-1-2023 10:25 AM
Tak payah Jerantut

Kat UKM pun sama. Monyet educated pandai tanggalkan cermin tingkap takmo kasi pe ...

Ukm mmg teruk bg aku. Dh sampai tahap scary.buka tingkap pun pandai.
Quote jas7512 23-1-2023 10:41 PM
Edited by jas7512 at 23-1-2023 10:42 PM

Monyet pernah masuk rumah i dulu..monyet betina agaknya..habis mibyak wangi i dimainnya pastu main pecah2 kan telur kat dapur..pandai lak tu ambil telur dlm peti ais ..tapi takat itu je..my frienda bg mrk mkn biskut pastu x kacau lg dah..mrk nak cari mkn je. Bg  je lah mknan pastu buat janji dgn mrk jgn kacau apa2 lg... pastu i pindah 2 3 bln pastu sbb duduk rumah baru beli..tak tahu apa jd kat penyewa baru kat rumah sewa tu
Quote noor2 24-1-2023 05:40 AM
Dah hutan bnyk kena tebang....sumber makanan monyet2 ni pun x de...
Quote glump 24-1-2023 06:17 AM
Kat belakang store  nie banyak kera..mula2 Tak kacau .. sekali petang2 husband baling mercun bola..sejak itu mula lah episode..mula kah dia patahkan wiper,side mirror,bengkok kan side mirror.stop baling mercun tu..Tak de dia buat hal
Quote isseliparjepun 24-1-2023 08:55 AM
Zaman I duduk kuarters dulu pun pernah monyet masuk. Tupperware dengan milo kena ambil. Sabar je lah. Tapi ye la, ada pokok pisang hutan entah umat mana la pergi ambik daunnya sampai gondol, mana maunye nak berbuah pisang tu. Memang le monyet monyet tu tak ada makanan. Ada pokok pelam, pun umat blok mana entah datang, habis licin buahnya. Tak tinggal seketul pun. Memang le deme masuk dapur orang. So kita tutuplah tingkap kalau nak keluar or nak duduk ruang tamu. Kalau tak tutup tingkap dapur, alamatnya diorang masak rendang la nanti.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.134476 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top