Asfan Shah memberitahu kehidupannya kini lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidup dan mendekatkan diri ke jalan diredai Allah SWT.
Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 38, berkata, jangkitan Covid-19 yang dialami sebelum ini membuatkan dia ingin membuat perubahan dalam hidup selain ingin mendalami ilmu agama dalam usaha memperbaiki diri menjadi insan lebih baik. "Saya terdetik buat perubahan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum ini... ia membuatkan saya terfikir nak mencari agama dan bertanya kepada kawan-kawan yang aktif dalam jalan dakwah sebab selepas tamat kuarantin saya mahu terus menyertai majlis agama. "Selepas pulih, ada kawan bawa saya pergi ke Mersing di Johor untuk mengikuti sebuah majlis agama selama tiga hari tapi yang peliknya selepas itu saya rasa macam tak cukup dan masih mahu mencari ilmu," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT