CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nas Ahmad Dedah Cerita Sebenar- "Sakit Dada Melampau Ketika Sunting Video Jam 3 Pagi "Jalan Mengah, Kaki Berat"

6-1-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1261| Komen: 9

Susulan penularan gambar Nas Ahmad yang dilihat pucat dan cengkung duduk di atas katil hospital baru-baru ini, bekas wartawan hiburan program Melodi itu mendedahkan menderita penyakit jantung sejak Januari tahun lalu lagi.


Nas atau Mohd Nasir Ahmad berkata, dia mula merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kesihatannya ketika sedang sibuk menyunting video sebelum terasa sakit pada bahagian dada yang berulang.

Disebabkan rasa sakit yang kerap, Nas memberitahu dia mengambil keputusan menelefon pihak ambulans sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Foto: mStar

"Januari tahun lepas saya terkena serangan jantung di rumah saya. Masa itu saya sedang menyunting video, mula-mula saya malas nak layan rasa sakit itu.


"Tapi sakitnya berlarutan... saya berpeluh, rasa penat sedangkan duduk dekat rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 3 pagi, saya sendiri yang telefon ambulans," katanya kepada mStar.

Cerita Nas lagi, selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, doktor mengesahkan jantungnya mengalami masalah sebelum menerima rawatan susulan di Hospital Serdang.

Dalam pada itu, Nas memaklumkan terdapat beberapa rawatan susulan terpaksa ditangguhkan berikutan pemeriksaan doktor mengesan sesuatu tidak kena pada bahagian jantungnya.

"Disebabkan Hospital Serdang dijadikan wad untuk pesakit Covid-19, saya terpaksa membuat temu janji baru sebelum menerima rawatan di sana pada 20 Disember lalu.

"Pada awalnya doktor ingin melakukan rawatan dipanggil angioplasty iaitu memasukkan belon ke dalam saluran darah bagi memecahkan kolesterol dalam urat, agar darah boleh mengalir dengan lancar.

"Sekiranya rawatan itu tidak berjaya, barulah doktor akan melakukan pintasan jantung. Tapi masa nak buat semua itu, pemeriksaan doktor melihat kesan kecil, jadi kena rawat yang itu terlebih dahulu," jelasnya.

"Tapi masa nak buat semua itu, pemeriksaan doktor melihat kesan kecil jadi kena rawat yang itu dahulu," katanya lagi.

Tambah Nas, dia juga mengalami bengkak di bahagian kaki, lutut dan pinggang sementara hendak menunggu rawatan yang sesuai buat dirinya.

Nas juga memberitahu prestasinya mula menurun sejak diserang penyakit jantung membuatkan dia tidak lagi selincah seperti dahulu.

"Prestasi saya menurun, saya pula jenis ke sana ke sini dan pantas lakukan apa sahaja. Sekarang ini semuanya jadi perlahan, berjalan pun dah lambat. Berjalan dari rumah ke tempat letak kereta pun dah rasa mengah. Kaki pula makin berat.

Nas turut memaklumkan dia dibenarkan keluar hospital pada 28 Disember lalu namun akan kembali semula menlanjutkan rawatan pada bulan Mac nanti. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 6-1-2023 09:33 AM
berehat lah Bang Nas, dah tua pun keje berat lagi ke..
get well soon abang terjah!
Quote KamikuP 6-1-2023 10:58 AM
Dah pencen kkah abg Nas ni? Moga cpt sembuh yaachh
Quote prince_marhaen 6-1-2023 11:41 AM
..macam tu lah sakitnya artis-artis sakit jantung bila dengar soalan-soalan dan terjahan bang nas ketak suatu ketika dulu... ehehehehehehe...
Quote sleepandream 6-1-2023 12:03 PM
kalau masih sapkok renti2 kan la yach
Quote jijahjidinjudin 6-1-2023 12:03 PM
Antara wartawan peberet denn
Quote kessah 6-1-2023 12:05 PM
semoga cpt sembuh abg kita TERJAHHHH !!
Quote kucingitam 6-1-2023 12:20 PM
semoga abang nas kembali sembuh..
Quote cap_ayam 6-1-2023 12:32 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote Dalcott 6-1-2023 01:50 PM

Semoga cepat sembuh.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.177195 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top