CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Modal RM13 Ribu, Suami Tempah Patung Silikon Mirip Mendiang Isteri Untuk Buat Peneman Di Rumah

6-1-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1111| Komen: 12

Seorang pesara membelanjakan £2,500 (RM13,050) untuk membuat replika patung silikon mirip isterinya yang telah meninggal dunia, bagi menemaninya di rumah.

Tapas Sandilya, 66, dari Kaikhali, India berkata, dia mengupah seseorang untuk membuat patung berkenaan kerana ia adalah permintaan mendiang isterinya sendiri, Indrani.

Pembuat patung berkenaan, Subimal Das, 46, mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan patung seberat 30 kilogram itu.


Foto: Daily Star

Kini, patung Indrani lengkap dengan perhiasan barang kemas dan sari sutera yang dipakainya pada majlis resepsi perkahwinan anak lelaki mereka.

Indrani berusia 59 tahun ketika dia meninggal dunia di hospital akibat dijangkiti Covid-19, manakala suaminya, Sandilya pula terpaksa menjalani kuarantin di rumah.


"Kami pernah melawat sebuah kuil di Mayapur kira-kira 10 tahun lalu dan kagum dengan patung di kuil tersebut.

"Indrani kemudian memberitahu, dia mahukan patung yang serupa jika dia meninggal dunia sebelum saya.

"Isteri saya meninggal dunia pada 4 Mei 2021 dan saya hanya mahu menunaikan hajatnya,"cerita Sandilya. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 6-1-2023 09:19 AM
Terasa macam dejavu jer.
Quote Carcosa 6-1-2023 09:20 AM
Sebenarnya byk idea meols nak mencerca.


Tapi Meols terasa sad yach. Sbb cerita ni agak pilu sebenarnya
Quote noorhairiahma 6-1-2023 09:37 AM
macam orang betul pulak patung tu. tak takut ke malam2 tengok patung tu duduk je dekat kerusi tak gerak2?  mata terbukak je.
Quote Simunggu 6-1-2023 09:42 AM
tak takut kah bai..
Quote margo20 6-1-2023 09:43 AM
Yg ni lg decent dr patung kt kuil
Quote redz85 6-1-2023 10:03 AM
seram nya.. buat laki tu cakap cakap.. tetiba patung tu menjawab...
Quote Decaffeinated 6-1-2023 10:42 AM
memula rasa impressed melangit tapi tolak markah sebab dia buat on request

Quote prince_marhaen 6-1-2023 11:11 AM
..replika patung silikon mirip isterinya yang telah meninggal dunia, bagi menemaninya di rumah..


yee keee buat temannnn....ehehehehehehe..
Quote pinggan 6-1-2023 11:13 AM
Ni kalau sedara mara datang rumah dia, mesti terkejut sangat
Quote KamikuP 6-1-2023 03:28 PM
Cinta sejati itu bener yerr ekeke
Quote shernazz 6-1-2023 04:12 PM
prince_marhaen replied at 6-1-2023 11:11 AM
yee keee buat temannnn....ehehehehehehe..


Buat teman la..mcm bini tu hidupppp..
Buat apa yang patut
Quote liyamariska 6-1-2023 05:01 PM
Nampak cm rupa manusia betul...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082030 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top