CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Lemah, Aliff Aziz Mohon Maaf Lakon Babak Bersentuhan

6-1-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1317| Komen: 3

Menyifatkan dirinya hamba Allah yang lemah, Aliff Aziz memohon maaf kepada orang ramai kerana masih melakonkan babak berpegangan tangan bersama aktres wanita menerusi drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin yang dibintangi Ungku Ismail, Nad Zainal, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.


Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, berkata, dia tidak mahu menegakkan benang yang basah dalam soal tersebut sebaliknya sedang sedaya upaya berubah menjadi seorang insan lebih baik.


IG Aliff

Kata pelakon dan penyanyi itu, soal hukum hakam dalam agama bukan perkara boleh dipersenda apatah lagi mengubah mengikut cita rasa sendiri dan sebagai seorang beragama Islam dia menyedari akan hal tersebut.

"Bagi Aliff, perkara tidak betul kita tidak boleh tegakkan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul.

"Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada penonton sekiranya mereka tidak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakonkan dalam drama.

Aktor itu turut meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan bukan mencaci atas kekhilafan dilakukannya.



"Saya mohon kepada semua untuk doakan yang baik-baik, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua pelakon.

"Saya mohon maaf terlebih dahulu kepada semua yang menonton sekiranya ada tidak bersetuju dengan tindakan saya.

"Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang mencaci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita," ujarnya.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 6-1-2023 09:33 AM
sbb tu tak payah nak annouce segala.... diem2 sudehhh...
ini siap annouce tak nak sentuh segala la....
Quote prince_marhaen 6-1-2023 11:13 AM
ahahahahahahahahaha penat dah ke potray good boy, pakai serban kurta pergi tabligh bagai...hujung-hujung binik menggeletis macam ulat beluncas takpun monyet dapat bunga depan tiktok...tayang segala bijik yang ada..
Quote akuHavocczz 6-1-2023 11:17 AM
Alaaaa nothing new pun. Dari dulu ulang alik new me, reborn pebenda tah. last last camtu jugak. Minta maaf, setel!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.184042 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top