CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tepuk Dada Tanya Selera' - Azhar Sulaiman Enggan Kongsi Cara Didik Anak

5-1-2023 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1575| Komen: 14

Enggan berkongsi mengenai caranya mendidik anak-anak, Azhar Sulaiman berkata, cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum dan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mengajar.


"Cara saya hanya untuk saya dan keluarga. Apa yang dipraktikkan bukan untuk dikongsikan dengan orang lain secara rasmi. Ia akan menjadi sesuatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti. Tepuk dada tanya selera sendiri.


IG Azhar

"Saya perlu bertanggungjawab jugalah untuk orang lain. Maaf kepada semua wartawan," katanya.

Menerusi Instagram pelakon itu berkata, dia juga terpaksa menolak semua jemputan temubual mengenai gelaran 'Bapa Cool' bersama wartawan dan program hiburan.


Azhar yang turut mengucapkan terima kasih kepada media berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana beranggapan cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Sebelum ini, video anak perempuan sulungnya Kasih Leia Ixora mengadakan parti di rumah mendapat perhatian netizen yang turut menggelarnya sebagai 'bapa cool'.

Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996.

Hasil perkahwinan, dia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang kini berusia 20 tahun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 6-1-2023 12:44 AM
Andika tu mmg ambik nama tok dia pahamin tu sbg nama dia jgk ek? Knpius acik.. Acah2 surname gitu
Quote DeLuna85 6-1-2023 01:08 AM
Kalau yang ni tak payah share pun tak pa
Quote pujanggacinta 6-1-2023 01:27 AM
Ingatkan eman manan td...
Quote Zazama 6-1-2023 07:51 AM
....ia akan menjadi sesuatu yg menyimpang dari agama.... Begitu kata azhar, jadi harapnya akan berubahlah suatu hari nanti kepada sesuatu yg lebih bermanfaat utk famili dan agama. Mudah2an..
Quote Minami2013 6-1-2023 08:27 AM
Edited by Minami2013 at 8-1-2023 02:19 PM



Part agama tu nmpak still practice family ni. Bkn la lifestyle mcm org tk de agama atau liberal.
Quote elzy 6-1-2023 08:31 AM
Zazama replied at 6-1-2023 07:51 AM
....ia akan menjadi sesuatu yg menyimpang dari agama.... Begitu kata azhar, jadi harapnya akan berub ...

Aminn yra.. Kita mampu berdoa yang baik-baik sahaja..

In my opinion, kita ada pilihan sendiri whether nak didik anak tu ikut cara mana. Tak salah mengikut gaya modern atau barat tapi berpada-padalah.. Kalau dia beragama Islam, sepatutnya terapkan ilmu agama at least basic. Contoh: haram minum arak, jaga aurat etc. ikut kemampuan masing-masing. As a Muslim kita tahu, anak perempuan selagi belum berkahwin, dosanya ditanggung oleh bapa. Kalau Azhar ni sedar dia ambil tanggungjawab tanggung dosa anak dia, siapalah kita nak jatuhkan hukum. Netizan dah tegur, selebihnya biarlah dia sendiri buat keputusan.

Begitulah pandangan saya..


Quote Zazama 6-1-2023 09:04 AM
elzy replied at 6-1-2023 08:31 AM
Aminn yra.. Kita mampu berdoa yang baik-baik sahaja..

In my opinion, kita ada pilihan sendiri whe ...

Amin... buah fikiran @elzy seperti ini sudah sepatutnya ada dlm pemikiran org bijak pandai seperti azhar itu sendiri.
Quote Carcosa 6-1-2023 09:29 AM
Rasanya, Mami Zehar boleh phrase kan reason tu, in a better way kot. This is my opinion lah.
Sbb anak2 dia berjaya kan, dlm education. So, dia boleh ckp kot, yg dia not in the position lagi nak share cara dia ajar anak2 dia to public. Sbb bila dia ckp cara dia "menyimpang drpd agama", bunyik dia mcm, tahla, utk meols yg membaca ni, rasa mcm, dia ajar anak2 dia to go against our religion.
I know, anak2 dia sexy. Tapi takkanla Mami Zehar ni ckp dgn anak2 dia - jgn pakai tudung! Jgn pakai baju labuh! Tidur dgn boyfriend! Tak kan? Dia tak larang anak2 dia pakai sexy-yes. Tapi dia taklah MENYURUH anak2 dia pakai baju tersembul nen.
So phrase Menyimpang drpd agama tu, meols rasa, can be rephrased to a better one.
Quote Piramida 6-1-2023 09:35 AM
"Ia akan menjadi sesuatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti"

Betullah tu... Ikutlah acuan masing2.

Takpun boleh ambil cara pasangan terpaling alim Jah Bungkus dan Pak Ucetaz mendidik Billie... Gitew.
Quote pet_ayut 6-1-2023 09:37 AM
Carcosa replied at 6-1-2023 01:29 AM
Rasanya, Mami Zehar boleh phrase kan reason tu, in a better way kot. This is my opinion lah.
Sbb ana ...

i sokong u. Meols bila tengok anak-anak die skrg..okey je memula walaupun mcm annoyed jugak..sakit mata tgk leona tu seksi sgt..tp lg sakit hati kalau baca stament2 dari mami..entah lah..i jd kurang gemar dgn mami zehar ni skrg2 ni..
Quote Carcosa 6-1-2023 09:40 AM
pet_ayut replied at 6-1-2023 09:37 AM
i sokong u. Meols bila tengok anak-anak die skrg..okey je memula walaupun mcm annoyed jugak..sakit ...

Kan? Bunyik Menyimpang drpd Agama tu mcm harsh gila. Mcm, ala2 murtad gitu.
Ke meols yg salah pahamin, ehh.. Salah pemahaman
Quote Madel 6-1-2023 09:40 AM
Mentang2 pak mentua vvip kaya raya, nama anak2 pun letak surname pak mentua
tidak nanti org tak tahu siapa 'atuk' anak2 dia
Sama la dgn Bossnet tu..letak nama bapak ke mak dia kat anak2.
Quote kucingitam 6-1-2023 10:29 AM
Carcosa replied at 6-1-2023 09:29 AM
Rasanya, Mami Zehar boleh phrase kan reason tu, in a better way kot. This is my opinion lah.
Sbb ana ...

ya betul, know2 la malaysian ni, satgi org ingat dia buat something menyalahi agama lak.. yang aku nampak dia cuma bagi kebebasan pada anak dia, takde la mcm stgh parents anak baaru 2 tahun pun sibuk nk pakaikan tudung, atau paksa berlebihan dlm agama. takde la nampak taliban sgt dia mengajar anak tapi utk kata menyimpang dr ajaran agama, nauzubillah. rasanya drg masih lagi practice kehidupan as muslim..hopefully..iols sayang mami k..dr dulu crush dgn mami ni..hahaha
Quote Carcosa 6-1-2023 10:42 AM
kucingitam replied at 6-1-2023 10:29 AM
ya betul, know2 la malaysian ni, satgi org ingat dia buat something menyalahi agama lak.. yang aku ...

Kannn meow? Thank you for making me feel normal, haha. Maybe ckp, Ya saya mmg tak tegas dlm hal Agama, dan sehingga saya berjaya, baru saya rasa saya layak utk berkongsi cara2 mendidik anak2 sehingga berjaya. Ha kan ke sedap bunyiknya. Menyimpang tu, bunyiknya mcm dah hardcore beno tuh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064467 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top