CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Pakaian, Kasut Dan Beg Lencun Dikencingkan Penumpang Pesawat

5-1-2023 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1120| Komen: 8

Warga emas trauma apabila seorang penumpang mabuk membuang air kecil ke arahnya ketika menaiki penerbangan Air India dari New York ke New Delhi, lapor laman berita Wion News semalam.


Dalam kejadian pada 26 November lalu, penumpang wanita berumur dalam lingkungan 70-an itu sedang duduk di kerusi kelas perniagaan apabila seorang penumpang lelaki mabuk tiba-tiba meluru ke arahnya.


Gambar hiasan/Al Jazeera

Ketika menceritakan kejadian tersebut menerusi sepucuk surat kepada Pengerusi Tata Group, N. Chandrasekaran, wanita itu berkata, sejurus selepas makan tengah hari dihidangkan dan lampu ditutup, seorang penumpang lain datang ke tempat duduknya dalam keadaan mabuk.

“Dia membuka zip seluar dan membuang air kecil ke arah saya sambil mendedahkan alat sulitnya. Pakaian, kasut dan beg saya habis terkena air kencing,” katanya.


Tambah wanita berkenaan, selepas memberitahu kru penerbangan mengenai insiden itu, mereka gagal mengambil tindakan ke atas penumpang tersebut.

Penumpang itu bahkan bebas berjalan sejurus pesawat mendarat di New Delhi.

“Kru penerbangan tidak proaktif dalam menguruskan situasi yang amat sensitif dan menimbulkan trauma,” ujarnya.

Tindakan ke atas penumpang lelaki berkenaan hanya diambil selepas wanita berkenaan menulis surat kepada pemilik syarikat penerbangan Air India tersebut.

Sehubungan itu, Air India telah mengenakan larangan selama sebulan ke atas penumpang lelaki terbabit serta membuat laporan polis ke atasnya kerana membuang air kecil ke arah wanita berumur 71 tahun dalam keadaan mabuk.

Satu jawatankuasa dalaman turut ditubuhkan bagi menyiasat dakwan mengenai kesilapan daripada pihak kru penerbangan serta kelemahan dalam menyelesaikan situasi itu dengan segera. 



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 5-1-2023 10:54 PM
Ingatkan ummah cingcong.


Quote acik79 5-1-2023 11:02 PM
Kesian nenek tu
Quote Samerosie 5-1-2023 11:06 PM
Sebulan jer? Ban for life lah.
Quote adeqbun 5-1-2023 11:24 PM
Tu psl sebarang yg memabukkan tu haram....
Quote Carcosa 6-1-2023 05:11 AM
Eh, no action om board?? Kalau akulah, crew buat bodoh, siap anu mamat tu aku ikat dgn getah.
Quote intan244 6-1-2023 07:02 PM
sebulan ja. mcm xda apa pon la. kesian nenek, dh la ambik seat business class. patut dia jerit ja baru org mai tolong
Quote TOPwind 6-1-2023 08:36 PM
kira biasalah

berak pun merata

mana ada jamban di India
Quote akusukaq 6-1-2023 09:39 PM
Ada baik nya jangan jamu arak dlm pesawat.Bila mabuk, mcm2 boleh buat...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052327 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top