CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengintip China Dah Masuk Taiwan, Pegawai Tentera Ditahan

5-1-2023 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 623| Komen: 1

Taiwan menahan tiga pegawai yang sedang aktif bertugas dan seorang pegawai Tentera Udara bersara yang disyaki menjadi pengintip China.

Kes itu memberi bayangan terhadap betapa besarnya usaha Beijing mengintip negara jirannya yang lebih kecil.


Bekas pegawai itu bersara dari tentera pada 2013 dan mula menjalankan perniagaan di China, di mana dia direkrut untuk membina rangkaian pengintipan.


Reuters

Pendakwa raya mengesyaki dia merekrut enam pegawai dan dibayar antara NT$200,000 (RM28,664) dan NT$700,000 (RM100,323) melalui sebuah syarikat.

Dia dan tiga pegawai yang berkhidmat dalam Tentera Udara dan Tentera Laut ditahan di bandar selatan Kaohsiung, manakala tiga lagi pegawai aktif dibebaskan dengan jaminan.


Taiwan bergelut untuk menghapuskan pengintipan dalam tenteranya oleh China, yang mempunyai lebih banyak sumber.

Amerika Syarikat (AS) selaku penyokong ketenteraan terbesar Taiwan, sudah lama bimbang mengenai keupayaan negara untuk menyimpan rahsia teknologi dan lain-lain daripada Beijing.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata pada November lalu pengintipan China disifatkan sebagai menimbulkan 'ancaman serius'.

Komen-komen itu muncul ketika pihak berkuasa melancarkan siasatan ke atas seorang pegawai infantri kerana didakwa mengambil NT$40,000 (RM5,733) sebulan dari China untuk mengumpulkan risikan dan menyerah diri jika perang tercetus.

Masalah pengintipan turut menjejaskan peringkat tertinggi tentera Taiwan.

Bekas Naib Menteri Pertahanan, Chang Che-ping, yang pernah menjadi pegawai tentera ketiga terpenting Taiwan, disiasat pada 2021 kerana bimbang mengenai hubungan dengan kumpulan pengintip China.

Dia dibebaskan dan menjadi saksi dalam kes yang membawa kepada tuduhan mengintip pada Jun tahun lalu terhadap seorang jeneral dan leftenan kolonel yang bersara.

AS meningkatkan sokongan ketenteraannya untuk Taiwan, yang mana tahun lalu mengesan kira-kira 1,700 pencerobohan pesawat perang ke zon pertahanan udara yang sensitif dan lebih daripada 660 kapal di perairan berhampiran.

Penggubal undang-undang AS pada Disember bersetuju dengan bil perbelanjaan AS$1.7 trilion (RM7.5 trilion) yang membenarkan sehingga AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam penjualan senjata ke Taiwan. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 5-1-2023 11:02 PM
I kalau di susun Cina Taiwan & Cina Tanah besar
I tak boleh membezakan. Tapi kalau Cina malaysia
Dan cina tanah besar muka ada sedikit perbezaan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.026757 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top