CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Alternatif Giat Dibina Hubungkan Laluan Terputus Di Ranau

5-1-2023 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 386| Komen: 0

Syarikat konsesi Jalan Persekutuan giat membina dan membaiki jalan alternatif kedua di kawasan Gereja SIB, Ranau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau dalam kenyataan hari ini berkata, laluan ini boleh digunakan oleh pengguna jalan daripada Sandakan ke Kota Kinabalu.


"Bagi jalan di Sinarut Baru - Togudon Baru, syarikat konsesi Jalan Negeri akan melaksanakan pelebaran jalan dengan melebarkan kiri dan kanan bahu jalan.


Foto Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

"Kerja ini akan dilaksanakan pada waktu malam," katanya.

Dalam pada itu, cadangan pembaikan bagi jalan terputus, katanya 'Temporary Box Culvert' akan dipasang di laluan yang terputus manakala 'BaileyBridge' akan dipasang sebagai 'Temporary Diversion'.


"JKR Sabah sudah memaklumkan dan memanjangkan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya hari ini.

"JKR Sabah melalui syarikat konsesi Jalan Persekutuan sedang dalam proses penghantaran bahan-bahan pembinaan ke tapak laluan yang terputus," katanya.

Menurutnya, penduduk diminta bersabar dan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Ranau di Talland 088-870519 atau 019-8103962 sekiranya berlaku kecemasan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, katanya semua paras air sungai kembali ke paras normal namun pemantauan masih diteruskan sekiranya hujan berterusan.

Media sebelum ini melaporkan empat jalan terputus hubungan di Ranau akibat hujan lebat berterusan dan banjir petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan, memaklumkan jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu-Sandakan di Km179.308 telah ditutup serta-merta akibat banjir.

Kenyataan itu memberitahu, Jalan Marakau-Kinapulidan-Kigiuk, dan Jalan Libang-Marakau juga ditutup disebabkan banjir manakala Jalan Kituntul Lama ditutup kerana tanah runtuh.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.042326 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top